CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42862|Reply: 0

[Johor] Kementerian Digital sokong Fakulti AI diwujudkan di IPT

[Copy link]
Post time 3-12-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Digital, Gobind Singh Teo ketika berucap di Majlis Perasmian Transformasi Pembuatan dengan 5G dan AI di DoubleTree by Hilton, Johor. FOTO ISKANDAR ISHAK

Johor Bahru: Kewujudan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) boleh memastikan modal insan dalam bidang itu mencukupi selaras perkembangan industrinya di masa hadapan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, kementeriannya menyokong usaha untuk mewujudkan fakulti khusus itu, yang sekali gus dapat memberikan lebih banyak maklumat dan pendedahan kepada rakyat Malaysia.



"Bergerak ke depan, negara memerlukan banyak bakat dan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi AI. Ketika ini infrastruktur sedang dibina dan negara memerlukan individu mahir untuk mengoperasikannya.

"Kalau ada tarikan terhadap aspek AI maka ada peluang yang mencukupi untuk setiap rakyat Malaysia, mendapat pelajaran yang diperlukan untuk meningkatkan taraf dan memastikan bakat itu sentiasa ada.

"Kita telah pun melancarkan, yang disempurnakan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan saya dimaklumkan bahawa kira-kira 100 pelajar kohort pertama dilancarkan sebulan lalu.

"Kita mahu pastikan ia diperluaskan di seluruh negara, setiap universiti ataupun institusi pendidikan yang mempunyai keupayaan untuk memulakan Fakulti tersebut, kita akan menyokong," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Transformasi Pembuatan Dengan Teknologi 5G dan AI, di sini hari ini.

Pada 26 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha UTM mewujudkan Fakulti AI pertama di Malaysia dalam tempoh empat bulan.

Bulan lalu, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dilaporkan berkata, pihaknya bersedia menawarkan kursus jangka pendek dalam bidang AI sekiranya mendapat banyak permintaan.

Dilaporkan Fakulti AI (FAI) itu menawarkan pengajian Sarjana Muda Kecerdasan Buatan dengan Kepujian bermula 29 September lalu, membabitkan pengambilan 129 pelajar sulung.


Disiarkan pada: Disember 3, 2024






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.079892 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list