CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42098|Reply: 0

[Johor] Alasan nak ukur baju, guru kemahiran hidup dituduh amang seksual pelajar

[Copy link]
Post time 4-12-2024 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Noraffandi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan amang seksual pelajar lelaki. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Guru kemahiran hidup dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajar lelaki dalam bengkel di sebuah sekolah menengah di Kluang, awal tahun ini.

Tertuduh, Mohd Noraffandi Borhannordin, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa dua anak itu didakwa melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 15 tahun di sebuah bengkel sekolah, jam 1.30 tengah hari, 4 Januari lalu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, dia sekali lagu mengulangi perkara terhadap dua pelajar lelaki berlainan yang berusia 16 tahun pada jam 9.30 pagi dan 2.30 petang dengan kejadian ini juga berlaku di lokasi sama.

Untuk kesemua pertuduhan ini, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat mangsa, kejadian berlaku ketika pelajar terbabit dipanggil tertuduh ke bengkel kemahiran hidup kononnya mahu mengukur baju.

Ketika sedang memakai baju, tertuduh berpura-pura membantu sebelum menyeluk tangan ke dalam seluar pelajarnya.

Tindakan itu mengejutkan mangsa sebelum mereka pulang ke rumah memberitahu ibu bapa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh diwakili peguam Nurrul Nadia Norrizan.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawar ikat jamin terhadap tertuduh selari dengan Seksyen 52B Kanun Keseksaan kerana kesalahan dilakukan serius.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM42,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 3 Januari ini untuk serahan dokumen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.311976 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list