CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35943|Reply: 0

[Kedah] KDN gerak sukarelawan pascabanjir - Saifuddin Nasution

[Copy link]
Post time 4-12-2024 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-12-2024 08:36 PM

KDN gerak sukarelawan pascabanjir - Saifuddin Nasution

04 Disember 2024 03:35pm




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir semasa melakukan lawatan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, pada Rabu. Foto Bernama




ALOR SETAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggerakkan sukarelawan dalam misi bantuan pascabanjir bagi membantu kerja-kerja pembaikan serta pemulihan infrastruktur di institusi yang terjejas akibat bencana itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN mempunyai kelebihan dari segi aset yang akan mempermudah operasi pembersihan seperti pam air berkuasa tinggi dan meriam air (water cannon).

"Sukarelawan KDN melalui inisiatif Insan Madani akan membantu memulihkan institusi seperti masjid, rumah ibadat, dewan dan sekolah.

"Kami juga akan memberi tumpuan kepada pembersihan kawasan, termasuk sampah pukal seperti almari dan perabot rosak yang perlu diuruskan dengan cekap," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi dekat sini pada Rabu.


Menurut Saifuddin Nasution, beliau juga telah mengadakan mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi menyusun perancangan misi pascabanjir di negeri tersebut.

Sementara itu, beliau berkata, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga telah diarahkan untuk menggerakkan program 'Menyemai Kasih Rakyat' bagi menggantikan dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran yang hilang akibat banjir, secara percuma.


"Kenderaan bergerak seperti bas dan van akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memudahkan mangsa banjir. Ketua Pengarah Imigresen turut bersetuju untuk melaksanakan inisiatif yang sama bagi dokumen seperti pasport," katanya.

Beliau berkata, setakat malam tadi, Ketua Polis Negara memaklumkan bahawa terdapat trend penurunan dari segi jumlah keluarga dan mangsa banjir yang dipindahkan.


"Penurunan ini boleh dilihat selari dengan keadaan cuaca yang bertambah baik sejak dua hingga tiga hari kebelakangan ini, berbanding keadaan pada hari Jumaat dan Sabtu yang lebih kritikal.

"Saya meminta untuk meninjau sendiri keadaan di PPS. Fokus utama kita pada masa ini adalah keadaan kesihatan, penyediaan makan dan minum serta penyelarasan agensi dan sukarelawan," katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang memastikan mangsa banjir selamat dipindahkan dan mendapat keperluan asas di PPS, termasuk makanan dan rawatan kesihatan. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/700422/berita/nasional/kdn-gerak-sukarelawan-pascabanjir---saifuddin-nasution


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 1.467426 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list