CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9530|Reply: 1

[Kedah] Dua beradik berlindung atas bumbung kereta ketika rumah dinaiki air

[Copy link]
Post time 5-12-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Dua beradik berlindung atas bumbung kereta ketika rumah dinaiki air


Zuliaty Zulkiffli[email protected]




Alor Setar: "Banjir kali ini sangat teruk hinggakan saya dan adik terpaksa berlindung di atas bumbung kereta Perodua Kenari milik ayah, Jumaat lalu.

"Air makin naik kira-kira 3 pagi hingga ke paras pinggang dan waktu itu saya hanya berhubung dengan ibu untuk memaklumkan keadaan kami di sini," kata Danial Asyraf Mohd Fisal, 17.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku Jumaat lalu, rumah Danial Asyraf di Kampung Derang, di sini dinaiki air sehingga dua meter dan naik perlahan-lahan pada tengah malam.

Katanya, ketika itu, ibunya, Nor Karimah Daud, 40, dan adik bongsunya, Nur Farah Natasha, 8, sudah mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau, dekat sini manakala bapanya, Mohd Fisal Mohd Fadzil, 42, pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan.

"Saya dan adik ketiga (Danial Akmal, 14) pula masih di rumah untuk mengangkat barangan kerana ketika itu air sedang naik perlahan-lahan pada malam itu.

"Namun kira-kira 3 pagi, air naik sehingga paras pinggang menyebabkan saya dan adik mengambil keputusan untuk meletakkan tilam di atas bumbung kereta sambil berbaring.

"Syukur ketika itu arus tidak kuat walaupun air masuk ke dalam kereta tetapi saya bimbang juga kereta dihanyutkan air.

"Ayah pesan, kalau air makin naik, terus naik ke atas bumbung tapi kami tetap duduk atas bumbung kereta sehingga bantuan sampai jam 8 pagi," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum itu berkata, dua daripada lima kucing peliharaannya juga tidak sempat diselamatkan dan lemas dalam air manakala yang lain sempat memanjat bumbung rumah.

Katanya, kandang kambing peliharaannya juga turut dinaiki air menyebabkan dua kambing mati manakala selebihnya berjaya diselamatkan.

"Sepanjang di atas bumbung kereta, saya tak selesa sebab bimbang paras air makin naik sebelum diselamatkan penduduk kampung pada 8 pagi dengan menaiki bot kerana laluan masuk ke kampung ini ditenggelami air.

"Kawasan rumah saya ini sudah empat kali dinaiki air dalam kejadian banjir pada September dan Oktober lalu tetapi banjir kali ini paling teruk.

"Banyak barang yang rosak termasuk mesin pembuat roti milik ibu, mesin basuh, peti ais, barangan perabot lain rosak ditenggelami air," katanya.

Danial Asyraf berkata, apabila pulang ke rumah semalam, dia dapati air sudah surut sepenuhnya namun barangan yang sempat diselamatkan, penuh dengan lumpur.



Disiarkan pada: Disember 4, 2024 @ 6:06pm



DANIAL Asyraf ketika menceritakan detik berlindung di atas bumbung kereta ketika rumah mereka dinaiki air. FOTO Zuliaty Zulkiffli







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2024 12:12 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.145069 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list