CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44043|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas pengarah, CEO badan berkanun direman bantu siasatan kes rasuah

[Copy link]
Post time 5-12-2024 05:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-12-2024 05:18 PM

Bekas pengarah, CEO badan berkanun direman bantu siasatan kes rasuah

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
05 Disember 2024 02:53pm





Gambar hiasan




GEORGE TOWN - Bekas Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan berkanun direman enam hari bagi membantu siasatan kes rasuah.

Permohonan reman tersebut dibenarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon tempoh reman selama tujuh hari terhadap suspek.

Peguam suspek, Roshunraj Rajendran ketika dihubungi berkata, beliau membantah permohonan SPRM itu berikutan anak guamnya mengalami masalah kesihatan.

"Selain anak guam saya mengalami masalah kesihatan, tempoh permohonan itu juga didapati terlalu lama.


"Anak guam saya menghidap diabetes, tekanan darah tinggi serta alahan rhinitis yang memerlukan rawatan perubatan khusus," katanya.

Tambah beliau, anak guamnya telah dibawa dari rumahnya di Perai ke pejabat SPRM di Jalan Northam pada jam 8 pagi, Rabu untuk disoal siasat, sebelum ditahan kira-kira sejam kemudian.


"Saya akan mencabar perintah reman enam hari itu di Mahkamah Tinggi dengan sijil utama dengan alasan anak guam saya tidak seharusnya dikenakan tahanan yang terlalu lama.


“Kami akan memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi kerana tempoh reman ini tidak perlu dan berlebihan, terutama dengan mengambil kira keadaan kesihatan anak guam saya,” katanya.


Beliau turut memaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasat anak guamnya di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, yang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Katanya lagi, butiran siasatan belum didedahkan, namun siasatan dipercayai berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana bagi projek pedati emas untuk perayaan Thaipusam.


https://www.sinarharian.com.my/article/700621/berita/semasa/bekas-pengarah-ceo-badan-berkanun-direman-bantu-siasatan-kes-rasuah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.128632 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list