CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39460|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas

[Copy link]
Post time 5-12-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas

05 Disember 2024 07:08pm




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya membantu kerajaan Singapura bagi menahan seorang taikun berprofil tinggi yang telah melarikan diri selama 19 tahun. Foto hiasan




GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi melibatkan institusi keagamaan di negeri ini kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.

Perintah reman selama enam hari hingga 10 Disember ini dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret George Town, hari ini.


Menurut sumber, suspek lelaki yang bergelar 'datuk' dan berusia lingkungan 70-an itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sekitar 2019.

Difahamkan siasatan awal mendapati suspek sebelum ini bersama bekas Timbalan Ketua Menteri terdahulu merangkap bekas Pengerusi agensi yang sama, telah memperoleh lebih RM300,000 daripada akaun peruntukan khas agensi terbabit untuk diri mereka sendiri.


"Wang berkenaan membabitkan pembelian pedati emas daripada sebuah syarikat di luar negara yang mana kedua-duanya mempunyai kepentingan di syarikat itu selain bekas Timbalan Ketua Menteri berkenaan juga dipercayai turut menyalahgunakan kedudukan dengan meluluskan pemberian bantuan perubatan pada 2020 sebanyak RM50,000 kepada individu yang dipercayai sekutunya," menurut sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan bekas pegawai khas tersebut.


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan kedua-dua individu itu kini dihalang keluar negara sehingga siasatan selesai. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/700699/berita/bekas-pengarah-eksekutif-agensi-pulau-pinang-direman-rasuah-pembelian-pedati-emas


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.083532 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list