CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38961|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga jari tangan pekerja tersepit mesin, syarikat pembuatan didenda RM20,000

[Copy link]
Post time 5-12-2024 08:46 PM | Show all posts |Read mode
Tiga jari tangan pekerja tersepit mesin, syarikat pembuatan didenda RM20,000

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




GAMBAR hiasan




Butterworth: Syarikat pembuatan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, kerana gagal mengadakan kawalan dan pemantauan penggunaan mesin power press (penekan kuasa) sehingga menyebabkan kemalangan ke atas seorang pekerjanya.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa syarikat berkenaan, Yollink Industries Sdn Bhd yang tidak diwakili peguam mengaku salah atas dakwaan itu di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut JKKP, kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Syarikat berkenaan mengaku bersalah sebagai majikan yang gagal bagi memastikan kewajipannya, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja pekerjanya.

Syarikat terbabit gagal mengadakan kawalan dan pemantauan penggunaan mesin penekan kuasa sehingga menyebabkan kemalangan ke atas seorang pekerjanya.

"Kejadian itu dilapor berlaku pada 1 Disember tahun lalu yang menyebabkan tiga jari tangan kanan mangsa tersepit pada mesin terbabit ketika mengendalikannya," menurut kenyataan itu.



Disiarkan pada: Disember 5, 2024 @ 7:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/12/1163078/tiga-jari-tangan-pekerja-tersepit-mesin-syarikat-pembuatan-didenda-rm20000




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.339963 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list