CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10902|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kembar jantung berlubang perlu dana pembedahan RM105,000

[Copy link]
Post time 6-12-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-12-2024 01:18 PM

Kembar jantung berlubang perlu dana pembedahan RM105,000



MOHD ISKANDAR OTHMAN
06 Disember 2024 12:23pm





Sayf Naufal disahkan mengalami kecacatan jantung kompleks serta beberapa masalah lain.




BUKIT MERTAJAM - Salah seorang daripada pasangan bayi kembar tidak seiras berusia sebulan, Sayf Naufal Muhammad Syamil memerlukan bantuan dana RM105,000 bagi menjalani pembedahan akibat penyakit jantung berlubang.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, kembar lelaki dan perempuan itu lahir pada 28 Oktober lalu menerusi pembedahan dan dibenarkan pulang ke rumah selepas hari ketiga kelahiran.


Menurutnya, semasa hari ke-10, Sayf Naufal yang lahir dengan berat 3.06 kilogram (kg) mengalami demam kuning dan sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital.

]
Pasangan bayi kembar tidak seiras berusia sebulan, Sayf Naufal Muhammad Syamil (kanan) memerlukan bantuan dana RM105,000 bagi menjalani pembedahan akibat penyakit jantung berlubang.




"Seluruh badannya juga sejuk dan sianosis (kebiruan), manakala adik perempuan kembarnya yang lahir dengan berat 2.54kg tiada masalah.


"Bayi lelaki itu bukan hanya disahkan mengalami kecacatan jantung kompleks, tetapi juga mengalami distal aortic arch dysplasia, coarctation of the aorta (CoA), patent ductus arteriosus (PDA), ventricular septal defect (VSD) dan atrial septal defect (ASD).

"Dia terpaksa bergantung alat bantuan oksigen di hospital sehingga sekarang dan perlu menjalani pembedahan jantung dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.


Sui Hau berkata, ibu bapanya berdepan masalah apabila hanya mampu mengeluarkan RM1,000 bagi pembedahan tersebut dan telah tampil ke pejabat badan amal itu bagi memohon dana.


]
Muhammad Syamil (kiri) dan isterinya, Fatin Nadhirah ketika mendapatkan bantuan One Hope Charity & Welfare untuk mengumpul dana bagi menjalankan pembedahan terhadap anak mereka.



“Kita akan membantu mengumpul RM105,000 kerana jika pembedahan ditangguhkan, bayi akan mudah terdedah kepada jangkitan kuman dan komplikasi sehingga boleh sebabkan kematian.


"Bayi perlu menjalankan dua pembedahan yang telah dijadualkan 10 dan 12 Disember depan," katanya lagi.

Beliau berkata, bapa bayi, Muhammad Syamil Ridzwan, 30, seorang kakitangan khidmat pelanggan dan ibunya, Fatin Nadhirah Azizan, 30, seorang penjawat awam.

Jelasnya, pasangan dari Alor Setar, Kedah itu mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia tiga tahun, turut berdepan kesukaran kerana kawasan rumah sedang dilanda banjir.

Menurut beliau, orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad atas nama One Hope Charity & Welfare bernombor 3193433435 atau layari onehopecharity.org.


https://www.sinarharian.com.my/article/700781/edisi/utara/kembar-jantung-berlubang-perlu-dana-pembedahan-rm105000



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.878440 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list