CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11182|Reply: 0

[Sarawak] Dua projek mega tarik minat swasta: Abang Johari

[Copy link]
Post time 6-12-2024 02:54 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari tiba di BCCK hari ini untuk menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Belanjawan Sarawak 2025. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk melabur dalam dua projek mega yang akan dibangunkan pada fasa kedua Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Beliau berkata, dua projek itu adalah pembinaan Pelabuhan Laut Dalam di Tanjung Embang, Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu.

"Kita akan menyuntik RM100 bilion lagi kepada ekonomi Sarawak bagi tahun 2025 hingga 2030. RM100 bilion ini termasuk dua projek mega yang akan memberi impak signifikan kepada ekonomi Sarawak.

"Dua projek mega tersebut ialah Pelabuhan Laut Dalam di Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa (yang baharu) juga di Kuching. Projek-projek ini akan dibangunkan menggunakan dana kita sendiri dan sudah ada beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk memiliki ekuiti," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Belanjawan 2025 Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Abang Johari berkata, usaha dan perjalanan Sarawak  ke arah pertumbuhan mampan berdasarkan cita-cita tinggi Belanjawan Sarawak 2025, tidak akan dapat dicapai tanpa kekuatan kolektif menerusi kerjasama antara sektor awam, syarikat swasta dan masyarakat umum.

Kerjasama itu penting katanya, bagi memacu inovasi, pelaburan dan pembangunan inklusif di seluruh Sarawak.

Beliau juga berkata, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 akan membuka peluang kepada Sarawak mempamerkan kekuatan di platform serantau, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, transformasi digital dan pertanian mampan.

Ini ujarnya, akan membantu memperkukuhkan kepimpinan Malaysia di ASEAN dan pada masa sama, mencipta laluan kerjasama dan perdagangan baharu.

"Satu lagi pembangunan yang memberi peluang-peluang signifikan untuk Sarawak  ialah penubuhan ibu kota Nusantara di Kalimantan menggantikan Jakarta sebagai ibu negara Indonesia.

"Kedudukannya yang dekat dengan wilayah kita membuka potensi besar untuk kerjasama ekonomi rentas sempadan, lebih-lebih lagi dalam perdagangan, logistik dan pelancongan," katanya sambil menambah, ini akan mengintegrasikan lagi Sarawak dalam ekonomi serantau serta meningkatkan kedudukannya sebagai pintu masuk strategik bagi ASEAN.

Abang Johari berkata, kapasiti ekonomi Sarawak terus kukuh menerusi langkah-langkah strategik seperti Inisiatif Pembiayaan Alternatif Negeri dan memanfaatkan insitusi seperti Bank Pembangunan Sarwak (DBOS) untuk mempercepatkan infrastruktur pembangunan, sekali gus mengekalkan disiplin fiskal.

Pendekatan inovatif ini jelasnya, membolehkan kerajaan negeri menyiapkan projek-projek transformasi tanpa menjejaskan kestabilan kewangan Sarawak.

"Walaupun menghadapi cabaran global, pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) Sarawak diunjurkan melepasi lima peratus pada 2025, didorong oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau.

"Untuk tahun 2025, Belanjawan Negeri dibentuk dengan begitu teliti, tidak pernah berlaku sebelum ini, peruntukan RM15.8 bilion untuk memastikan pertumbuhan ekonomi mampan dengan mengutamakan sektor utama yang memacu kemakmuran Sarawak," ujarnya.


Abang Johari (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Lim (tiga kiri) dan Salihin (dua kanan). - Gambar Penerangan

Pada majlis sama, Abang Johari menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara SALIHIN dan SCOPE.

MoU itu membolehkan kerjasama antara SALIHIN dan SCOPE dalam mengukuhkan lagi pembangunan sumber manusia, memupuk transformasi digital, kemajuan mampan dan meletakkan Sarawak di barisan hadapan dalam inovasi dan kecemerlangan.

Mengenai persidangan itu, Abang Johari berkata, ia julung kali diadakan dan acara penting kerana ia merupakan analisis awam pertama mengenai Belanjawan Sarawak dan belanjawan wilayah dalam Malaysia.

Persidangan itu dianjurkan oleh Sarawak Centre of Performance Excellence (SCOPE) dan SALIHIN dengan kerjasama Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak, disokong MUFG Bank iaitu bank terbesar Jepun, diwakili anak syarikatnya MUFG Bank (Malaysia) Berhad sebagai penaja utama.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan Kumpulan SALIHIN Dr Salihin Abang dan Ketua Pegawai Eksekutif SCOPE Joseph Lim Jit Sek.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.034047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list