CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39769|Reply: 0

[Kedah] Titah adendum: Mohd Nazifuddin persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran

[Copy link]
Post time 6-12-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-12-2024 05:22 PM

Titah adendum: Mohd Nazifuddin persoal mengapa perlu sembunyi kebenaran



NURUL HIDAYAH HAMID
06 Disember 2024 04:43pm




Mohd Nazifuddin




LANGKAWI - Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mempersoal mengapa perlu menyembunyikan kebenaran berkaitan titah adendum.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi turut tertanya-tanya tentang niat sebenarnya mereka yang terlibat secara terus perihal titah adendum pengampunan bapanya.


Beliau berpandangan, tindakan tersebut hanya mendedahkan betapa rendahnya integriti dalam sistem yang ada pada hari ini.


"Titah adendum ayahanda telah dikeluarkan, malah tersebar melata di media sosial membawa bukti yang jelas dan kuat.


"Keputusan ini mengukuhkan lagi haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan setimpal," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menurutnya, rakyat kini menuntut undang-undang agar keadilan ditegakkan dengan penuh ketelusan tanpa sebarang penyelewengan mahupun gangguan kuasa politik dari sentuhan tangan-tangan ghaib.


Beliau menambah, rakyat Malaysia ingin melihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasionl (BN) melakukan sesuatu yang jujur dan telus.


"Andai kerajaan ambil sambil lewa serta membiarkan tangan-tangan ghaib melakukan sesuatu dengan sesuka hati pada perundangan negara berdaulat Malaysia ini, maka jangan terkejut andai nanti kerajaan akan dihukum pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.


"Apa lagi yang mereka mahukan ? Apakah mereka takut ?," soal Mohd Nazifuddin lagi.

Kongsi beliau, jelas terbukti abangnya, Datuk Nizar Najib telah membuat satu afidavit tambahan dan menyerahkan kepada mahkamah satu salinan titah adendum yang mengarahkan agar bapa mereka dikenakan tahanan di rumah.

"Di mana yang menyatakan bahawa itu adalah khabar angin atau "hearsay" ? Malah ada yang berani menyatakan bahawa titah addendum itu satu ‘forgery’ ( palsu )," katanya.

Mohd Nazifuddin menyifatkan, ia adalah pernyataan tidak bijak serta terdesak sesetengah ahli politik bersama penyokongnya, yang dilihat ibarat takut pada kekuatan pengaruh bapanya yang sekian hari kian jelas menarik sokongan rakyat.

"Kekanda Nizar tidak sama sekali tergamak untuk menipu dan melakukan pemalsuan dokumen dengan menggunakan nama bekas Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

"Ini kerana beliau adalah insan yang menjulang integriti diri dan bekas YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah insan yang sangat beliau sanjungi dan hormati," katanya.

Menurutnya, beliau difahamkan dokumen-dokumen diserahkan abangnya itu pada mulanya boleh diakses orang ramai melalui sistem fail mahkamah sebagaimana mana-mana kes jenayah yang lain.

"Tetapi kini, mahkamah telah sekat dokumen-dokumen daripada diakses orang umum, apakah ada sesuatu yang disembunyikan juga? Kebenaran tetap akan muncul walau bagaimanapun cara ia dinafikan,"katanya.

Beliau menegaskan, perbuatan ini jelas mencerminkan ketidaktulusan dan kini rakyat Malaysia sedang menilai dan memerhatikan serta mula mempersoalkan sistem perundangan negara.

"Setiap hari ayahanda ‘berehat’ di kamar besi Penjara Kajang, yang mana pada pendapat saya ia adalah salah darı segi moral dan dengan titah adendum yang ‘sah’ ini. Ia juga adalah tidak patut membiarkan ayahanda terus terkurung bersendirian di sana.

"Sumpah mubahalah ayahanda telah mula memberi kesan," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/700832/berita/semasa/titah-adendum-mohd-nazifuddin-persoal-mengapa-perlu-sembunyi-kebenaran




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.102442 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list