CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22040|Reply: 0

[Johor] Pembinaan pusat data tidak tingkatkan tarif atau jejas bekalan tenaga, air domestik

[Copy link]
Post time 9-12-2024 07:16 AM | Show all posts |Read mode

Akmal Nasrullah menyaksikan pertukaran dokumen antara Pengerusi Sekolah Pendidikan Prasiswazah UTM, Prof Dr Intan Zaurah Mat Darus (kanan) dan Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengurusan Stakeholder TNB, Datuk Shamsul Ahmad pada Majlis Pelaksanaan Malaysia Energy Literacy Program (MELP) di UTM, Skudai, Johor Bahru. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Orang ramai tidak perlu bimbang berhubung pembinaan puluhan pusat data baharu kerana ia tidak akan menjejaskan bekalan dan tarif tenaga serta air domestik.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tarif elektrik hanya akan berubah mengikut peningkatan harga kos bahan mentah termasuklah arang.

"Kita tahu pusat data memerlukan penggunaan tenaga dan air yang banyak dan konsisten. Oleh itu, kerajaan sudah memberi mandat supaya segala perancangan dan komitmen baharu mestilah tidak mengganggu keperluan bekalan tenaga sedia ada.

"Disebabkan itu, kita juga menggalakkan syarikat pusat data untuk menggunakan tenaga boleh baharu serta meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Sesi Pembelajaran Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Sekolah Pendidikan Prasiswazah UTM, Prof Dr Intan Zaurah Mat Darus dan Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengurusan Stakeholder Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Shamsul Ahmad.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Digital, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata, Johor kini adalah hab pusat data dengan pembinaan lebih 50 pusat data khususnya melalui penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Sementara itu, Akmal Nasrullah turut berkata, perubahan tarif bekalan elektrik dan air di negara ini bergantung kepada peningkatan kos bahan mentah.

"Kos bahan api biasanya yang akan menyebabkan perubahan tarif, jadi sebab itu pihak kementerian lihat secara holistik supaya sistem sedia ada mampu beri bekalan konsisten dan mampan.

"Ini memang cabaran buat kita kerana perubahan grid tenaga biasa kepada grid tenaga pintar untuk meningkatkan keupayaan turut memakan kos, jadi semakan memang dibuat secara berkala," jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059541 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list