CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13213|Reply: 0

[Johor] 7 cedera kereta bertembung, potong di garisan berkembar

[Copy link]
Post time 10-12-2024 09:36 AM | Show all posts |Read mode

Tujuh cedera apabila Proton Waja dan Proton Persona bertembung di jalan Seelong-Ulu Tebrau, Johor Bahru. FOTO TULAR

Johor Bahru: Tujuh individu cedera selepas kereta Proton Waja dan Proton Persona bertembung dalam kemalangan di Jalan Seelong - Ulu Tebrau di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dalam kejadian 8.30 malam itu, kesemua penumpang dan pemandu hanya mengalami cedera ringan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Waja memotong di kawasan yang tidak dibenarkan dan bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan tersebut, pemandu dan penumpang Proton Waja mengalami cedera ringan di bahagian mata dan badan.

"Manakala pemandu bersama empat penumpang mengalami cedera ringan di badan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Rule 12 (3) LN 167/59 kesalahan di dua garis berkembar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.329570 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list