CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49331|Reply: 0

[Negeri Sembilan] BAS.MY mesti jalan walau tiada penumpang

[Copy link]
Post time 11-12-2024 02:17 PM | Show all posts |Read mode

Anthony Loke pada sidang media selepas Majlis Pelancaran BAS.MY Seremban di Seremban, hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil

Seremban: Pengendali perkhidmatan bas henti-henti BAS.MY perlu mematuhi peraturan laluan dan frekuensi yang ditetapkan supaya tidak menjejaskan pembayaran.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkhidmatan BAS.MY dibayar oleh kerajaan dan semua frekuensi sudah ditetapkan.

Katanya, tidak timbul isu pengendali perkhidmatan itu mungkin tidak akan mematuhi peraturan laluan disebabkan tiada penumpang.

"Perkhidmatan BAS.MY dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Pengendali tidak boleh potong dan tiada alasan hendak potong frekuensi kerana jika itu berlaku dia tidak akan dapat bayaran.

"Kerajaan bayar mengikut pergerakan. Walaupun bas kosong atau hanya seorang penumpang sahaja, bas mesti jalan," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran BAS.MY Seremban di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan,Datuk Jana Santhiran dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar.

Loke mengulas mengenai kemungkinan perkhidmatan bas henti-henti itu kurang penumpang pada suatu ketika yang memungkinkan pengendali atau operator tidak meneruskan frekuensi ditetapkan.

Dalam pada itu, Loke berkata, kerajaan melantik dua syarikat pengendali dan mereka akan mengendalikan 21 laluan di seluruh Negeri Sembilan dengan 85 bas.

Menurutnya, kesemua bas berkenaan adalah baharu selaras dengan penjenamaan semula dengan beberapa ciri keselamatan termasuk dari segi imej selain dilengkapi dengan peta laluan.

Katanya, perkhidmatan itu turut menawarkan khidmat penumpang percuma khusus untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar sekolah namun mereka perlu mendapatkan pas konsesi.

"Manakala bagi dewasa, hanya dikenakan caj RM50 untuk perkhidmatan sebulan dan amat berbaloi kerana dapat penjimatan kos pengangkutan.

"Negeri Sembilan antara satu-satunya negeri di mana semua daerah mendapat perkhidmatan bas henti-henti ini," katanya.

Loke berkata, kerajaan memperuntukkan RM36 juta setahun bagi melaksanakan skim perkhidmatan bas berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.087373 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list