CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41414|Reply: 0

[Johor] Jumaat pertama 2025 Johor cuti atau kerja, ditetapkan minggu depan - EXCO

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor Lee Ting Han. FOTO BERNAMA

Johor Bahru: Keputusan sama ada Jumaat pertama 2025 diisytihar cuti atau hari bekerja akan ditetapkan minggu hadapan susulan perubahan cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han.

Beliau berkata perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Exco yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, dengan perbincangan mendalam bersama pelbagai pihak perlu dibuat kerana melibatkan implikasi undang-undang termasuk isu kerja lebih masa dan pembayaran elaun.

"Perkara ini akan dibincangkan sama ada untuk minggu itu sahaja, rakyat Johor perlu bekerja dan bersekolah enam hari atau dikecualikan sehari. Kita akan kaji cara terbaik minimumkan gangguan kepada pelajar, pekerja dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berkaitan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di sini hari ini.

Lee berkata pihaknya turut berharap pengumuman berhubung perkara itu tidak terlalu lewat untuk ibu bapa, majikan dan pekerja membuat persediaan berkaitan.

Pada 7 Oktober, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah agar cuti hujung minggu di negeri itu ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari dan perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Minggu pertama perubahan cuti hujung minggu menimbulkan situasi terdapat enam hari bekerja iaitu bermula dari Ahad, 29 Disember hingga Jumaat, 3 Januari dengan tarikh 1 Januari jatuh pada Rabu.

Penyelarasan semula cuti hujung minggu di negeri ini akan membabitkan kesemua penduduk Johor, khususnya 1.948 juta tenaga kerja sektor kerajaan dan swasta serta 587,343 murid dan pelajar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.317767 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list