CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45483|Reply: 0

[Johor] Dua lelaki dicekup polis bersama ekstasi RM1.1 juta

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:36 PM | Show all posts |Read mode

BAHRIN menunjukkan wang tunai berjumlah RM60,000 yang ditemui selepas menahan seorang lelaki. FOTO Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Dua lelaki dicekup polis bersama sejumlah dadah ekstasi bernilai lebih RM1.1 juta di sebuah kediaman yang dijadikan pusat pemprosesan dan pengedaran di Taman Permata, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kedua suspek berusia 26 itu memproses bekalan dadah ke dalam paket minuman kecil pelbagai perisa dengan berat 19 gram setiap satu sebelum dijual pada harga RM130 sebungkus.

"Kira-kira tujuh kilogram dadah ditemui dalam pelbagai paket plastik minuman berisi serbuk ekstasi yang dipercayai digunakan untuk berhibur oleh pembeli di sekitar daerah ini dan Johor Bahru.

"Turut disita sebuah Perodua Kelisa dengan anggaran harga RM8,000 dan sebuah KIA Optima dengan anggaran RM5,000 milik keluarga salah seorang suspek.

"Turut dirampas wang tunai berjumlah RM600 dengan keseluruhan nilai dadah dan sitaan harta benda dianggarkan berjumlah RM1.111,050 sen,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang Johor di sini hari ini.

Bahrin berkata, semakan rekod lampau mendapati dua suspek warga tempatan itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

"Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan, kedua-dua suspek positif dadah jenis methapetamine dan telah direman di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 selama tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa depan.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta disebat tidak kurang 12 sebatan rotan," katanya.


Disiarkan pada: Disember 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.856192 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list