CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45476|Reply: 0

[Johor] Ditahan kurang 8 jam lepas larikan lori tangki minyak sawit

[Copy link]
Post time 12-12-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode

BAHRIN (dua kiri) menunjukkan wang tunai yang ditemui selepas menahan seorang lelaki yang disyaki melarikan sebuah lori tangki minyak dari sebuah premis perniagaan. FOTO Mohamad Fahd Rahmat.

Kluang: Lelaki ditahan kurang lapan jam selepas disyaki melarikan sebuah lori tangki berisi minyak sawit yang diletakkan di sebuah premis perniagaan di daerah ini, semalam.

Suspek berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di sekitar daerah ini jam 6 petang susulan laporan dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian disedari mangsa kira-kira 9 pagi selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika datang bekerja.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis.

"Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga negatif.

"Pemeriksaan lanjut ke atas lori tangki berkenaan mendapati minyak sawit berjumlah 44,900 liter sudah dikosongkan.

"Harga pasaran bagi satu tan minyak sawit adalah kira-kira RM5,300 setan dan anggaran kerugian pemilik adalah kira-kira RM243,000.

"Polis juga menemui sejumlah RM60,000 wang tunai di dalam lori berkenaan dan siasatan sama ada wang itu adalah hasil jualan minyak sawit masih dalam siasatan pihak polis," katanya hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Disember 12, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.571717 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list