Adakah anda percaya pada kewujudan alien atau makhluk asing? Berdasarkan kajian terkini oleh Ipsos Global Prediction, hanya 21% rakyat Malaysia percaya pada kewujudan kehidupan luar angkasa, meletakkan negara ini jauh di bawah India (43%), Arab Saudi (38%), dan UAE (36%).
Malaysia berada di belakang negara jiran serantau seperti Thailand (29%) dan Indonesia (22%).
Kajian yang melibatkan 24,471 responden dari 36 negara ini mendedahkan bahawa negara-negara dengan kepercayaan budaya yang kaya, agama, dan fenomena pop budaya cenderung lebih terbuka terhadap idea bahawa makhluk asing wujud.
India, yang menduduki tempat pertama, menunjukkan kepercayaan tertinggi terhadap makhluk asing.
43% rakyat India yakin bahawa kehidupan di luar Bumi adalah nyata.
Kenapa begitu tinggi? Jawapannya mungkin terletak pada faktor budaya dan agama.
Mitologi India penuh dengan kisah dewa-dewi dan entiti supernatural yang menyerupai alien.
Malah, populariti budaya pop seperti francais Star Wars juga turut menyumbang kepada penerimaan idea ini.
Arab Saudi (38%) dan UAE (36%) pula menunjukkan kepercayaan yang kuat, mungkin kerana diskusi agama mengenai makhluk ghaib seperti jin yang kerap dibincangkan dalam tafsiran Al-Quran.
Walaupun Malaysia kaya dengan budaya dan kepercayaan kepada entiti ghaib seperti hantu dan jin, angka kepercayaan terhadap makhluk asing hanya mencapai 21%.
Apakah rakyat Malaysia lebih skeptikal?
Faktor utama mungkin disebabkan kurangnya pendedahan kepada naratif budaya pop tentang kehidupan luar angkasa, berbanding negara-negara seperti India dan Amerika Syarikat.
Tambahan pula, kurangnya bukti saintifik yang kukuh juga menyumbang kepada keraguan.
Berikut adalah senarai penuh negara dengan peratusan kepercayaan tertinggi terhadap makhluk asing:
1. India – 43%
2. Arab Saudi – 38%
3. UAE – 36%
4. Thailand – 29%
5. Colombia – 26%
6. China – 25%
7. Peru – 23%
8. Indonesia – 22%
9. Singapura – 22%
10. Malaysia – 21%
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 7-1-2025 07:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ada pulak poll macam ni
Btw bukan la tak percaya. Kalau iols percaya ja ada makhluk lain menghuni di luar angkasa tu. Cumanya alien yang ditonjolkan di media2 ni pun sebenarnya 'ciptaan' amerika ja, ntah hapa agenda diorang pun taktau. Sebab tu hanya kat belah sana ja banyak terserempak dengan alien ni. Ke kat tempat lain ada?
Dulu2 penah juga iols tengok satu benda dok terbang kat langit malam (mula2 pikir dron sebab ada lampu2 kelip2 biru merah kuning). Natang tu dok terbang slow kat tingkat atas umah kat bumbung.
Now dekat tv banyak cerita cerita zombie...dekat youtube, lagu kanak2...sampaikan i olls rasa anak i olls dah xkenal hantu alien...haritu p manatah tetibe cakap mami ada zombi...dr nk seram terus kelakar plak rasa..
Boleh tonton video ini jika ingin tengok perbincangan ilmiah dari pandangan islam.
Ringkasan: Ada hujah kuat untuk mengatakan 'alien' ini bukan datang dari angkasa lepas atau planet dan galaksi lain. Tetapi mereka adalah jin yang tinggal bersama manusia di atas bumi ini.
pohon pinang tak ada sebut, nak terangkan mcm mana dlm konteks statement diatas? bagaimana dengan kewujudan blackhole? kewujudan virus? tentang wujudnya kapal terbang? bagaimana dengan wujudnya jutaan galaxy dialam semesta, tentang penjelajahan angkasa lepas ... aku selalu terbaca hujah spt ini tp aku tak faham penerangannnya...
Siapa kata alien tiada? Setiap planet ada penghuni. Ketika pesawat ufo mereka terbang kelihatan oleh mata kasar itu namanya hijab anda terbuka. Sama macam tok bomoh boleh nampak hantu letak dalam botol
kenapa meols tak pernah terlibat dalam survey2 begini. siapakah responden theyols ni. tapinya meols sendiri tak sure alien rupa mana yg theyols refer ni. yg mcam ET tu ke atau gimana..takleh la jadi responden nampaknya hmmm
kn dh terang , sebaik2 ciptaan adalah manusia
takde plak firman ayat
sebaik2 ciptaan adalah alien
kalau alien wujud, mesti dia intelektual, bijak , ada agama, tapi nape tak bantu pihak palestin atau israel? pakaila kapaltebang yg lawan hukum fizik tu..senang je nk setel dlm sehari