View: 11520|Reply: 5
|
AI bakal pengaruhi lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Analisis terkini kerajaan menunjukkan bahawa lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang, dengan sektor utama seperti pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat dijangka melalui transformasi signifikan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, di Malaysia, cabaran tenaga mahir semakin ketara dan memerlukan perhatian segera iaitu statistik menunjukkan bahawa lebih 600,000 pekerja perlu menjalani latihan semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun untuk kekal relevan dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.
"Tambahan pula, menjelang 2030 negara diunjurkan memerlukan 500,000 pekerja mahir tambahan bagi memenuhi keperluan sektor teknologi dan teknikal. Angka-angka ini menunjukkan keperluan mendesak untuk membangunkan ekosistem latihan dan pensijilan yang efektif," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pensijilan Pembangunan Profesional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) di sini. hari ini.
Beliau berkata, dalam konteks berkenaan, tenaga kerja Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan tersebut iaitu proses latihan semula dan peningkatan kemahiran menjadi amat penting terutama dalam bidang teknologi dan teknikal, agar Malaysia dapat bersaing di peringkat global dan memenuhi keperluan industri yang terus berkembang.
"Oleh itu, kerajaan sedang giat memastikan kursus dan latihan yang ditawarkan selaras dengan keperluan piawaian antarabangsa dan keperluan industri 4.0… ini termasuk kursus dalam bidang seperti keselamatan siber, pengurusan sistem pintar dan analitik data," katanya.
Dalam usaha memperkukuh daya saing negara, beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui MBOT ditugaskan untuk membangunkan inisiatif bagi merapatkan jurang kemahiran pekerja, seterusnya menaik taraf kebolehan bakat tempatan.
Justeru, katanya, MBOT telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Majlis PembangunanProfesional Teknologi dan Teknikal (TPDC) bertujuan membangunkan kerangka jaminan kualiti dan pensijilan kursus jangka pendek yang komprehensif dalam bidang teknologi dan teknikal.
Selain itu ia juga bertujuan memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Pada masa ini, tiada badan khusus memastikan jaminan kualiti kursus jangka pendek yang ditawarkan, justeru MBOT melalui mandat daripada Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768), telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan TPDC bagi menilai aspek seperti kualiti pengajar, kandungan dan pendekatan kursus serta aspek penilaian.
Chang berkata, menerusi kerangka TPDC, latihan yang diberikan kepada pekerja Malaysia bukan sahaja diiktiraf oleh industri tempatan tetapi juga memenuhi piawaian profesional yang ditetapkan, memastikan kemahiran yang diperoleh bersesuaian dengan keperluan industri global yang sentiasa berubah.
Sementara itu, Presiden MBOT Prof Emerita Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir dalam ucapannya berkata, penubuhan TPDC merupakan inisiatif MBOT dalam mencapai hasrat yang telah digariskan dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030.
"Satu daripada teras utama dasar ini menekankan usaha untuk meningkatkan kecekapan dan profesionalisme modal insan dalam sektor teknologi dan inovasi.
"TPDC juga akan menjadi platform penting untuk melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam menentukan hala tuju pembangunan modal insan teknologi dan teknikal yang relevan dan berdaya saing," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang menyokong inisiatif pensijilan berkenaaan iaitu melalui kerjasama itu, semua kursus jangka pendek yang disahkan oleh MBOT akan diiktiraf sebagai program Focus Area dan Industry Specific.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sbb lebih kurang 10,000 calon SPM Bahasa Melayu tak menduduki peperikssann kekdahnyer... ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
AI ni akan tambah productivity kita sebenarnya..
banyak kerja yg melibatkan benda menulis ni jadi laju dan lebih berkualiti..
ko nak buat paperwork ke business pitching ke calculation of complex numbers ke.. semua boleh siap dalam masa 5 minit je.. kena ada basic skills untuk guna lah..
benda ni lagi senang dari ko belajar upload video kt tiktok tu.. dia nak tak nak je sebenar.. harap menteri pendidikan boleh mula bagi tablet untuk sekolah terpilih, biar kita digital kan terus pendidiakn ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
clueless_gamer replied at 15-1-2025 04:42 AM
AI ni akan tambah productivity kita sebenarnya..
banyak kerja yg melibatkan benda menulis ni jadi ...
Dari bgi tablet kt sekolah terpilih bagus kursuskan dulu cikgu2 tu pasal teknologi ai dan cara guna |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada tp mungkin atas dasar initiative cikgu sekolah tu sendiri bukan dari KPM.. ni setau akulah
aku sendiri ada join group AI cikgu sekolah ni.. saje tumpang belajar
dkt SG dah lama diorang guna tablet device dlm kelas..
sekarang ni kan dah sibut nak buat AI data center bagai kan..
kerajaan boleh ambik peluang untuk industri hiliran ni, buat kilang PC / Tablet sendiri.. boleh supply balik ke sekolah ni
benda sama mcm project 5G DNB ke apa namanya aritu.. yg gomen lantik satu qualified vendor, laju je dia buat kerja sbb bank semua percaya dgn dia.. sbb confirm boleh untung sbb dah dapat pegang 100% market dulu
tp sbb politic juga skrg dah kena sailang dgn company luar.. padahal 5G network ni sensitive infra untuk rakyat dgn kilang dlm negara, org luar dah boleh spy activity kita nanti.. org atas tu tau nak untung je anak beranak sampai 7 keturunan kan ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
macam company 1mdb je bunyinya.. semua ambik kat situ ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|