CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10192|Reply: 10

[Tempatan] 'Kali ketiga masuk pertandingan memancing, adik ni tak sangka menang wang tunai RM200,000...'

[Copy link]
Post time 10-1-2025 03:01 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Seorang remaja tidak menyangka penyertaan kali ketiga dalam pertandingan memancing baru-baru ini membawa tuah apabila diumum juara dalam acara itu dan menerima hadiah wang tunai RM200,000

Remaja terbabit yang dikenali sebagai Hakim, 16, berasal dari Selayang, berkata kejayaan dilakar kali ini amat mengejutkan kerana kegiatan memancing yang menjadi hobinya membuahkan hasil sangat lumayan.

Hakim mengikuti pertandingan memancing siri ke-10 anjuran Den Kolam Pancing di Ulu Yam, Kuala Selangor yang diadakan 5 Januari lalu bermula jam 2.30 petang hingga jam 6.30 petang.

"Saya datang ke sini bersama bapa dan datuk, ini kali ketiga saya masuk pertandingan memancing dan diumumkan juara dengan hadiah wang tunai RM200,000. Saya masih tidak tahu nak buat apa dengan duit kemenangan ini," katanya menerusi temubual ringkas dalam video yang dimuat naik dalam platform TikTok @abg.naga96, semalam.



Sementara itu, video kemenangan remaja berkenaan mendapat perhatian umum dan tular di platform X apabila ia dimuat naik seorang pengguna laman sosial itu.

Video dimuat naik oleh pengguna @ricxxxkiddo dengan kapsyen 'Asyik memancing je, ingat memancing boleh jadi kaya ke? Say no more' itu mendapat lebih 240,000 tontonan.

Kebanyakan netizen memberi komen positif dan menyatakan walaupun hanya sekadar hobi, aktiviti memancing juga dapat membawa rezeki tidak dijangka.

Ada juga warganet yang mengucapkan tahniah dan berharap remaja itu menyimpan wang berkenaan dengan membelanjakannya sebaik mungkin.

"Alhamdulillah. Rezeki adik ni. Memang laa RM200,000 tak banyak mana, cepat habis kalau tak pandai setting (rancang). Sebab nilai Ringgit makin kecil. Cuma muda sangat dapat RM200,000. Apa dia nak buat dengan duit itu tak tahu laa," kata pengguna @DanteNazz.

Seorang lagi pengguna menasihati remaja berkenaan supaya bijak dalam berbelanja dan membuat simpanan.

"Allah rezeki 2025 tu dik.. belanja elok-elok tau masuk ASB (Amanah Saham Bumiputera) RM100,000 (tu), jangan enjoy, biar duit tu berganda tau, kena bijak," kata pengguna @Disinishoppee .

"Hebat betul hadiah ni. Macam mana aku tak tahu, kalau tak, dah pergi sekali mancing," kata seorang lagi pengguna @SkullzHaven.

Selain itu, ada juga netizen yang berseloroh bahawa sudah tiba masanya untuk mereka keluar daripada persaraan dan terbabit semula dalam dunia memancing.

Pengguna yang berkongsi berita itu turut memuat naik satu lagi video menunjukkan penganjur sedang mengira dan menyusun wang kemenangan untuk diserahkan kepada remaja terbabit.

Sumber : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2025 03:29 PM | Show all posts
ramai la kawan ko datang ngimpit satgi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 06:35 PM | Show all posts
Mana penganjur dapat duit banyak gitu untuk bagi hadiah, ada sponsor ka? Halal ka idok ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 06:56 PM | Show all posts
Penjelasan

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1209-al-kafi-284-yuran-pertandingan-sebagai-hadiah

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menyebut dalam kitabnya yang telah kami terjemahkan, Halal & Haram dalam Islam (ms. 558):

“Tetapi sekiranya hadiah tersebut (atau benda pertaruhannya) dikeluarkan dari kedua-duanya sekali dan mereka yang bertaruh dengan syarat siapa yang menang antara keduanya, maka dia berhak mengambil kedua-duanya (taruhan) sekali. Maka jelaslah ini merupakan perjudian yang diharamkan oleh Islam.”

Justeru, mengambil yuran peserta bagi tujuan hadiah kepada para pemenang ialah satu bentuk pertaruhan yang diharamkan kerana mengakibatkan kerugian melalui main nasib atas pihak yang kalah. Maka, dicadangkan agar penganjur mencari penaja untuk menaja hadiah para pemenang.

Adapun, yuran peserta digunakan untuk belanja pentadbiran seperti sewaan padang, dan peralatan, maka itu dibenarkan kerana semua peserta berkongsi manfaat bersama.


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 10-1-2025 06:56 PM
Penjelasan

https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1209-al-kafi-284-yuran-pertanding ...

Betul, selagi ada unsur zero sum game, dia jadi haremmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2025 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
mrseller replied at 11-1-2025 09:29 AM
Betul, selagi ada unsur zero sum game, dia jadi haremmm

Sekadar sharing. Bukan aku tuduh pemilik kolam tu buat mcm tu. Tapi aku ada nampak ada unit dan bahagian dlm ofis yg buat mcm ni. Buat pertandingan dan kutip yuran penyertaan. Yuran penyertaan tu dipakai utk beli hadiah. Dalam peraturan pejabat tidak salah tetapi dari hukum agama salah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya pertandingan memancing peserta wajib byr yuran penyertaan....sama juga dgn marathon, fun run, ada yuran penyertaan yg selalunya dalam  rm50 - rm80... buat cabutan bertuah tuk tarik ramai org... imagine fun run selalunya ribu2 org join... bg t-shirt murah free, tolak kos cabutan bertuah, untung masih byk tuk penganjur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 11-1-2025 01:16 PM
Sekadar sharing. Bukan aku tuduh pemilik kolam tu buat mcm tu. Tapi aku ada nampak ada unit dan ba ...

Dekat kolam ke, dlm opis ke, di padang golf ke even d stadium betting sape amik corner, kalau ada zero sum game element, jatuh haram.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:20 PM | Show all posts
Harap gomen boleh ban pertandingan memancing ni dari disertai oleh orang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 08:11 AM | Show all posts
sape pernah tgk tik tok Kolam Titi Mega..
yg tu lagi dahsyat..
tiap2 bulan ada..hadiah sampai stgh juta..
tapi ngeri tgk diorg (peserta) berlari2 mcm nak kiamat bila masa bermula diumumkan..

btw, aku rasa duit tu still syubhah.. haromm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.201767 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list