CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16496|Reply: 2

[Tempatan] Ibu reka cerita anak maut dalam tidur-rupanya didera, dipukul objek tumpul

[Copy link]
Post time 12-1-2025 10:01 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas disyaki menjadi mangsa dera ibunya sendiri.

Susulan itu polis menahan wanita terbabit bersama teman lelakinya bagi membantu siasatan berhubung kes yang berlaku di Taman Bukit Ampang, Selangor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kedua-dua suspek ditahan di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang pada pukul 5.17 petang.



Menurut Azam, kejadian terbongkar selepas ibu kandung mangsa menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada pukul 2.36 petang untuk memaklumkan bahawa anaknya yang sedang tidur sudah tidak bernafas.

“Mangsa berusia tujuh tahun itu dipercayai didera ibu kandung dan teman lelakinya di rumah. Mangsa mengalami kecederaan seperti kesan lebam pada bahagian muka, leher, tangan dan kaki.

“Mangsa meninggal dunia di rumah dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak berkenaan adalah kerana pendarahan di dalam kepala,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dipercayai pukulan dengan objek keras dan tumpul secara berulang.

Namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sudah berapa lama kanak-kanak itu didera.

Azam turut memaklumkan bahawa kedua-dua suspek, masing-masing berusia 36 dan 25 tahun kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu sehingga 17 Januari.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah, dan semakan lanjut menunjukkan dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Suspek lelaki bekerja sebagai jurujual (tetapi) tidak tetap manakala wanita terbabit tidak bekerja,” katanya lagi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya mak!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
berlari² lah disyurga dik.
tk payah jumpa mak ko yg masuk neraka nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051629 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list