CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7899|Reply: 3

PLKN 3.0 Dilaksanakan Tiga Siri Tahun Ini Di Dua Kem

[Copy link]
Post time 13-1-2025 12:26 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula pada tahun ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, akan dilaksanakan dalam tiga siri di dua kem.


Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memaklumkan  PLKN 3.0 Siri 1/2025 diadakan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur selama 45 hari bermula hari ini  hingga 25 Feb.


“PLKN 3.0 Siri 2/2025 akan dilaksanakan pada 11 Mei hingga 24 Jun 2025 manakala PLKN 3.0 Siri 3/2025 akan dilaksanakan pada 7 Sept hingga 21 Okt 2025 iaitu di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu memaklumkan PLKN 3.0 Siri 1/2025 telah menerima penyertaan seramai 120 orang pelatih secara sukarela yang terdiri daripada 80 lelaki dan 40 wanita berumur antara 18 dan 25 tahun, termasuk 13 orang mendaftar secara walk-in dengan kesemua mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama, pendidikan dan lokaliti.


Menurut kenyataan itu lagi, PLKN 3.0 akan  menggunakan modul latihan yang mengintegrasikan 70 peratus Latihan Asas Ketenteraan dan 30 peratus Komponen Kenegaraan.


“Bagi modul Latihan Asas Ketenteraan pelatih akan dilengkapkan dengan kemahiran asas ketenteraan, dasar keselamatan negara, asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI dan kemahiran kepimpinan.
“Modul Komponen Kenegaraan pula mendedahkan pelatih dengan latihan tentang elemen jati diri, patriotisme dan memperkukuh perpaduan,” menurut kenyataan itu.


Kenyataan itu turut memaklumkan PLKN 3.0 merupakan wadah pembentukan satu generasi baharu yang mempunyai semangat patriotisme, mengamalkan nilai-nilai murni, sentiasa memupuk semangat perpaduan dan menanamkan semangat kesukarelawan.


Menurut kenyataan itu lagi secara khususnya PLKN 3.0 dilaksanakan berdasarkan lima objektif iaitu meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk dan menyatupadukan golongan muda daripada pelbagai kaum serta integriti nasional; membentuk perwatakan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.


Objektif lain ialah menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan; dan melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan.


Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 12:45 PM | Show all posts
bagus.. lepas ni kita akan pertimbang untuk buat full national service mcm SG dgn Korea.. baru kurang gen lembik ni dlm tiktok nanti.. mat rempit pun kurang nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 02:40 PM | Show all posts
tempoh training separuh dpd plkn yg dulu kan

ade jgk eh yg walk-in
nasib ada tempat
klu dak, camping la kot

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 03:29 PM | Show all posts
sukarela bagus... tade isu besar... teruskan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.167875 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list