CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17179|Reply: 0

Trump lancar syiling kripto 'Trump Meme' sempena kejayaan pemilihan semula

[Copy link]
Post time 19-1-2025 07:23 AM | Show all posts |Read mode

Trump mengumumkan pelancaran token mata wang kripto "Trump Meme" miliknya pada Sabtu bagi meraikan kejayaan dalam pilihan raya.

MOSCOW - Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump, mengumumkan pelancaran token mata wang kripto "Trump Meme" miliknya pada Sabtu bagi meraikan kejayaan dalam pilihan raya, menurut laporan Sputnik/RIA Novosti.

"Trump Meme Rasmi Saya yang BARU kini di SINI! Ini masa untuk meraikan segala yang kita perjuangkan: MENANG! Sertai Komuniti Trump yang istimewa... Nikmati keseronokan!" kata Trump di media sosial.

Syiling meme itu dikeluarkan melalui platform "blockchain” beberapa hari sebelum Trump dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Pengumuman itu mencetuskan keraguan dalam kalangan pengguna, yang tertanya-tanya sama ada akaun media sosial Trump telah digodam.

Penafian di laman sesawang rasmi Gettrumpmemes menyatakan bahawa token itu bertujuan untuk menjadi simbol sokongan terhadap idealisme dan kepercayaan yang dilambangkan oleh simbol "$TRUMP," dan bukan sebagai peluang pelaburan.

"Kini, anda boleh memiliki bahagian anda dalam sejarah. Trump Meme ini meraikan seorang pemimpin yang tidak pernah gentar, walau apa pun rintangannya. Sertai Komuniti Trump - kami memperjuangkan perkara yang benar-benar penting," menurut pengumuman di laman sesawang berkenaan.

Pilihan Raya Presiden berlangsung di Amerika Syarikat pada 5 November 2024.

Calon Republikan Trump, yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat dari 2017 hingga 2021, memenangi pilihan raya itu. Majlis angkat sumpah jawatan presiden akan diadakan pada 20 Januari ini. - Bernama/Sputnik/Ria Novosti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.738981 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list