CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30084|Reply: 0

Pautan 280km/j tidak bawa maut

[Copy link]
Post time 19-1-2025 05:16 PM | Show all posts |Read mode

KERETA api berkelajuan tinggi Jerman. FOTO AFP.

Berlin: Seorang lelaki terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas berpaut pada bahagian luar kereta api berkelajuan tinggi Jerman ketika ia bergerak pada kelajuan 280km per jam.

Polis pada Jumaat berkata, lelaki warga Hungary berusia 40 tahun itu sedang merokok di satu sudut platform di Bavaria apabila pintu kereta api ditutup, menyebabkan dia melompat ke kawasan penyambung antara dua gerabak.

Lelaki yang tidak dikenali itu memberitahu polis yang dia melakukan tindakan berani mati itu kerana bagasinya masih berada di dalam kereta api ekspres antara bandar laluan Munich ke Lübeck.

Dia menghabiskan 32 kilometer berpaut pada kabel sebelum kereta api itu dihentikan secara kawalan, selepas ada saksi melihatnya dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Lelaki itu difahamkan menaiki kereta api dari Munich dan melompat ke luar gerabak ketika di Ingolstadt.

Polis menahannya di bandar Kinding, Bavaria sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke arah utara.

Menurut polis persekutuan, lelaki itu disiasat kerana tidak mempunyai tiket yang sah, selain melakukan perbuatan yang mengganggu operasi perkhidmatan awam.

Sebelum ini, pada tahun 2017, seorang lelaki berusia 59 tahun pernah terselamat selepas berpaut di bahagian tepi kereta api ekspres Hannover-Bielefeld sejauh 24 km.

Polis meminta orang ramai agar tidak melakukan aksi mengarut sebegitu yang boleh mengancam nyawa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.140154 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list