CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8018|Reply: 0

Trump mahu hidupkan semula Tiktok, minta 50 peratus pemilikan AS

[Copy link]
Post time 20-1-2025 08:51 AM | Show all posts |Read mode

AKSES TikTok di AS dibatalkan. FOTO AFP.

Washington: Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan pada Ahad, beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi, sambil menyatakan hasratnya agar Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.

TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.

Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat Amerika disalahgunakan oleh pegawai China.

"Saya mahu Amerika Syarikat memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini," kata Trump menerusi media sosial.
– REUTERS


Disiarkan pada: Januari 20, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.048299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list