CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8148|Reply: 0

Drama Presiden Korea Selatan belum reda

[Copy link]
Post time 20-1-2025 09:18 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan keselamatan menghalang penyokong Suk Yeol yang cuba menceroboh Mahkamah Daerah Barat Seoul pada Ahad. Foto AFP



SEOUL - Ratusan penyokong Presiden Korea Selatan digantung tugas, Yoon Suk Yeol menyerbu bangunan Mahkamah Daerah Barat Seoul pada awal pagi Ahad selepas tempoh tahanan beliau dilanjutkan.

Kumpulan itu turut merosakkan harta benda awam ketika melancarkan rusuhan ganas tersebut.




Mereka bertindak di luar kawalan selepas mahkamah membuat keputusan itu pada jam 3 pagi (waktu tempatan) dan turut bertempur dengan pihak berkuasa.

Situasi bagaimanapun kembali terkawal beberapa jam kemudian dan membawa kepada penahanan 46 penunjuk perasaan.

“Kami kesal dengan insiden keganasan seperti ini,” kata pemangku Presiden, Choi Sang-mok sambil menambah langkah keselamatan akan terus diperketatkan.
Kira-kira 49 individu termasuk sembilan anggota polis turut cedera dalam rusuhan ganas tersebut.

Sebahagian daripada individu berkenaan juga melakukan siaran langsung kekacauan itu menerusi YouTube.

Sejak ditahan pada Rabu lalu, Suk Yeol terus mengunci mulut dan enggan memberi kerjasama kepada siasatan berhubung tindakan mengisytiharkan undang-undang tentera pada bulan lalu.

Ketika prosiding pada Sabtu yang turut dihadiri beliau, hakim membenarkan waran baharu untuk melanjutkan tempoh penahanannya sehingga 20 hari kerana bimbang suspek mungkin memusnahkan bukti.

Suk Yeol kini ditempatkan di sel bersendirian di Pusat Tahanan Seoul

Pejabat Siasatan Rasuah yang mengetuai soal siasat ke atas beliau sekali lagi cuba untuk mendapatkan keterangannya, namun usaha itu dihalang sekutunya.

Sehingga kini, pasukan undang-undang beliau mempertikaikan tindakan penahanan ke atasnya selepas mendakwa waran tersebut dikeluarkan pada bidang kuasa yang salah dan pasukan penyiasat dikatakan tidak mempunyai mandat untuk meneruskan prosedur berkenaan. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.611986 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list