CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104224|Reply: 2485

✿ KPH - VILLA 88TH ~ VOTE AN @ MM26, ERA & HOTFM! BANZAI!! ~ ✿

 Close [Copy link]
Post time 23-4-2011 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amalina at 22-5-2011 05:15


























Bismillahirrahmanirrahim......

Ya Allah,Ya Tuhan Kami,Kami Bermohon Kepada-Mu Hindarkanlah Kami Dari Keburukan Hasad Dengki Dan Iri Hati...Kurniakanlah Kami Jiwa Yang Bersih Dan Suci... Berikanlah Kami Kesepakatan Dan Kesefahaman Dalam Menunaikan Tugas Sebagai Hamba-Mu...Dan Ya Allah,Kami Juga Bermohon, Lancarkanlah Perjalanan Perjuangan Mohd Hafiz Bin Mohd Suip, Hindarkanlah Beliau Dari Perkara-perkara Yang Tidak Sanggup Kami Lihat. Dan Berikanlah Beliau Ketabahan Dalam Menempuh Cabaran Sebagai Anak Seni.....
AMIN.....
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2011 11:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 10-5-2011 17:15



VOTE AWAN NANO @ MUZIK MUZIK!!


http://apps.tv3.com.my/muzikmuzik/


HOT FM


http://hotfm.com.my/menumuzik/

http://hotfm.com.my/zon/

http://hotfm.com.my/hotfm30/


Rekues melalui SMS : HK Lagu 1, Lagu 2 - Hantarkan ke 33399


ERA FM


http://www.era.fm/Program/Carta-20G-Era.aspx

http://www.era.fm/Program/Carta-Era-40.aspx


Rekues melalui SMS: ERAPDELEBIH DEWASA>32555


TERENGGANU FM


http://tfm.gov.my/v2/


MUZIK FM


http://kafemuzik.blogspot.com/

http://muzik-10.blogspot.com/


Rekues Online : http://www.muzikfm.com.my/pilihan.php


SURIA FM


http://suriafm.com.my/html/request_suria.aspx


(dah boleh request guna web...tapi kat field NO KLIK tu letak la no tel ikut format yg diberi)


KL FM


http://www.kl.fm/


KONTI KLfm
Undi 2 buah lagu pilihan anda


Setiap Isnin dan Selasa ( slot undian carta Klfm ) 3 hingga 4 petang
Cara: KLFM 2 KOD LAGU>hantar ke 32728



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 23-4-2011 12:52















TAHUN 2009


JUARA AKADEMI FANTASIA KE 7

AIM~ MASIH JELAS


TOP 5 SUSUNAN MUZIK TERBAIK

TOP 5 LAGU POP TERBAIK


TOP 5 ARTIS BARU LELAKI POPULAR ABP






TAHUN 2010

ANUGERAH JUARA LAGU 25 ~ NOKTAH CINTA

TEMPAT KETIGA

VOKAL TERBAIK






TAHUN 2011

ANUGERAH IKON BELIA SARAWAK (KESENIAN/KEBUDAYAAN) 2011




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 10-5-2011 17:12


Showcase AEON AU2- 8 May 2011














Bersarapan Pagi Bersama MSTAR





























Hafiz @ Astro








HOT FM Hangatkan Sekolahku




(SMK Raja Lumu, Pandamaran, Klang)


















(SMK Penderas, Temerloh Pahang)























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 23-4-2011 13:41





Congratulation Hafiz for the Sarawak Youth Icon Award 2011!


















































Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 20-5-2011 05:36





AWAN NANO





NOKTAH CINTA





MASIH JELAS





LEBIH DEWASA





KAU ILHAMKU





MANIS





MEMORI (OST KDA2)





Warkah Untuk Ibu (DEMO)




  
NOKTAH CINTA @ AJL25





Imbasan AJL25 Vokal Terbaik & Tempat Ke-3





Melodi After AJL25 Results





GALA TV AJL25





Menuju Puncak AF9 Promo





Konsert Tirai AF9




Awan Nano @ Muzik-muzik





Showcase AEON AU2








Hafiz, Aril, Akim - 3 Budak Nakal






Hafiz, Aril, Akim & Maulana - Warkah Untuk Ibu






Hafiz @ Diari AF9 (17/05/11)





Saksikan Drama Kau Dan Aku Musim Ke 2 di sini.....


http://www.youtube.com/user/Mrquidam






Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2011 11:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 24-5-2011 10:00



RECORDING OF "AZURA" SOUNDTRACK

Date : 1st - 3rd June 2011


SUKMA 2011 OPENING CEREMONY

Date : 5th June 2011


AF SHOWCASE
Date : 6th June 2011
Venue : AEON AU2



AF9 DIARY (WEEK 10)

Date : 7th June 2011



ANUGERAH PLANET MUZIK PC
Date : 8th June 2011




AF9 FINAL CONCERT
Date : 12th June 2011




"FANTASTIC 4" DUBBING
Date : 20th - 22nd June 2011




JOM HEBOH
Date : 26th - 27th June 2011
Venue : Kota Kinabalu, Sabah




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 15-5-2011 02:43




Harian Metro 14 Mei 2011



Media 14 Mei 2011



Ku Ada Kamu
Oleh Fatin Farhana Ariffin
[email protected]
2011/05/12


Mengaku hubungan rapat tetapi enggan masing-masing mengulas soal cinta

TIDAK mahu perihal peribadi mahupun hubungan cinta dibayangi perjalanan seni kedua-dua bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini membuatkan pasangan ini memilih untuk mendiamkan diri.

Ketika gosip hangat mengatakan pasangan ini bercinta, Hafiz dan Adira lantas menyifatkan hubungan mereka sebagai hanya teman rapat, namun tidak menolak jodoh jika mereka ditakdirkan bersama.

Selebriti juga bagaikan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, namun perihal yang membangkitkan soal hati ini ditolak tepi dulu kerana kedua-dua anak muda ini mahu dikenali berdasarkan bakat dan kerjaya, bukannya bayang-bayang kisah peribadi.

Kami masih muda

Ditemui ketika sesi fotografi di Studio Berita Harian baru-baru ini, Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz, 21, dan Siti Adira Suhaimi yang selesa dengan panggilan Adira, 20, tampak selesa bersama namun masing-masing jelas tenang saja apabila diasak berulang kali mengenai hubungan peribadi mereka.

“Kami hanya teman rapat dan kini masih dalam mengenal hati budi masing-masing. Secara jujur, saya memang antara peminat Adira dan tidak dinafikan saya banyak mengundi dia semasa dia di dalam Akademi Fantasia.
“Saya menggemari sikapnya yang penyayang, ceria dan comel serta karektor itu membuatkan saya selesa berkawan dengannya. Memang diakui kami rapat namun belum sampai di tahap yang serius.

“Namun, hubungan cinta ini kami ketepikan dulu kerana saya dan juga Adira, masing-masing mahu fokus kepada kerjaya kami, tambah lagi kami masih muda sangat serta banyak lagi yang perlu kami pelajari,” ujar jejaka kelahiran Sarawak ini.

Seolah berjanji, turut memberi reaksi yang sama, Adira, gadis berketurunan Kadazandusun ini berkata Hafiz adalah teman rapatnya yang memahami dirinya yang masing-masing berstatus selebriti kelahiran program realiti yang sama.

Katanya, pada usia mereka yang masih muda, mereka mahu memberi tumpuan pada kerjaya dalam bidang seni bukan dengan menghabiskan masa membesar-besarkan gosip peribadi yang mungkin boleh mengganggu kelancarannya kerjaya masing-masing.

“Kami kenal sejak keluar dari AF lagi, dan dari situ terjalinnya persahabatan kami. Makin lama, kami jadi makin rapat dan Hafiz juga banyak membantu saya dalam menguruskan karier seni saya serta kami banyak meluangkan masa bersama melepak bersama rakan-rakan.

“Hafiz seorang yang kelakar dan saya selesa berkawan dengan dia. Oleh itu, beri kami ruang untuk mengenali masing-masing dengan lebih mendalam lagi dan tidak salah rasanya untuk kami berkawan. Hal peribadi bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan,” ujar gadis genit ini.


Memang meminati Adira

Hubungan mereka menjadi bertambah hangat apabila Adira dan Hafiz akan tampil berduet menyanyikan runut bunyi untuk filem romantis, Ombak Rindu yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat ini.

Lagu nyanyian duet ini adalah lagu tema utama untuk filem tersebut, diberi judul sempena nama filem itu sendiri Ombak Rindu.

Selain itu, kedua-dua bintang muda ini mahu terus melakar nama mereka dalam dunia seni tanah air di mana Hafiz, jejaka yang popular dengan lagu Awan Nano ini sedang sibuk dengan pembikinan lagu single berjudul Ku Akui yang dijangka keluar pada tahun depan.

Juga, bersempena Hari Ibu ini, Hafiz bersama tiga teman seangkatan iaitu Akim, Aril dan Maulana akan mengeluarkan lagu yang bertajuk Warkah Untuk Ibu, khas untuk kaum wanita yang sudah bergelar ibu di luar sana.

Hafiz juga dilantik sebagai penyanyi lagu tema untuk Sukan Sukma yang diberi judul Sukan Negara. Juara AF7 ini akui rezekinya makin murah selepas memenangi anugerah Vokal Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu yang lepas.

Melihat kepada perjalanan seninya yang masih jauh, Hafiz menyatakan hasratnya untuk membuka studio rakamannya sendiri kerana sebagai insan seni pastinya dia mahu terus berkarya selain memperbaiki kehidupan keluarganya yang jauh di Sarawak.


Tenang berdepan gossip

Naib juara AF8, Adira yang tidak putus-putus dikecam kontroversi ini tidak goyah dengan gosip yang melanda dirinya.

“Yang lepas biarkan ia berlepas begitu saja. Jika saya betul, saya tidak perlu takut dengan semua itu dan sedikit pun saya tidak marah dengan gosip yang dilemparkan kepada saya. Malah saya menerima semua ini dengan minda yang terbuka.

“Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dan oleh sebab itu saya mengambil tindakan untuk mendiamkan diri. Lagi banyak saya bercakap, lagi banyak hal yang timbul. Saya tidak boleh untuk menjaga hati semua orang dan sebagai artis baru yang mahu melangkah dalam bidang ini, saya memerlukan sokongan dari ramai pihak.

“Jika secara tidak langsung saya ada membuat kesalahan sebelum ini ataupun terlanjur, saya ingin meminta maaf. Saya juga sebagai manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan,” kata gadis kelahiran Ranau, Sabah ini yang mahu fokus kepada karier seninya di samping melebarkan sayapnya ke dunia lakonan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Ada Kamu dan Ilusi ini dalam usaha mempertajamkan bakat lakonan dan pertuturannya dengan menghadiri kelas Bahasa Melayu serta kelas lakonan.


Nama: Mohd Hafiz Mohd Suip
Umur: 21 tahun
Asal: Kuching, Sarawak
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Pencapaian: Juara AF 7, Tempat Ketiga dan Vokal Terbaik AJL25
Single popular: Masih Jelas, Noktah Cinta, Awan Nano
Drama: Kau & Aku

Nama: Siti Adira Suhaimi
Umur: 20 tahun
Asal: Ranau, Sabah
Pencapaian : Naib juara AF
Single Popular: Ku Ada Kamu, Ilusi.


Sumber : http://www.bharian.com.my



Hafiz @ mStar





Hafiz (AF7) Minum Madu Elak Sakit Tekak, Hilang Suara
Oleh WAHIDUZZAMAN ([email protected])



Hafiz (AF7)


PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz (AF7) melakukan petua dengan menelan sesudu madu lebah bagi mengelak hilang suara dan sakit tekak ketika membuat persembahan.

Hafiz berkata, dia turut membataskan pengambilan makanan pedas dan meminum ais kerana mahu memastikan penjagaan vokalnya sentiasa terpelihara.

“Sebagai penyanyi, vokal adalah aset saya untuk cari makan. Apatah lagi, selepas memenangi anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) tempoh hari, sudah tentu saya perlu jaga mutu vokal agar konsisten setiap kali mengadakan persembahan.

"Selain mengurangkan pengambilan makanan pedas dan minuman berais, saya akan telan sesudu madu lebah asli pada setiap kali bangun daripada tidur.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi berdepan masalah kritikal seperti tiada suara atau sakit tekak yang serius," katanya.

Diusik tentang populariti dirinya yang berada pada tahap sederhana walaupun memiliki bakat berbanding segelintir bintang-bintang muda hari ini, Hafiz berkata: "Kalau setakat hendak popular, saya boleh saja cari publisiti murah tapi apa gunanya semua itu.

"Tak guna kalau kita popular jika tiada impak atau sumbangan pada industri. Bukan bermakna populariti tak penting tapi saya selesa dengan apa yang dilalui hari ini.

"Biarlah tidak begitu popular atau menjadi perbualan orang pada setiap masa, asalkan kehadiran saya memberikan impak pada dunia nyanyian."

Terbaru, penyanyi lagu Awan Nano ini bakal terlibat dengan penggambaran muzik video lagu tema filem Ombak Rindu bersama kekasihnya, penyanyi Adira (AF8), pada minggu depan.

Hafiz pernah memenangi trofi vokal terbaik dan mendapat tempat ketiga di AJL25, Januari lalu.



Sumber : http://www.mstar.com.my/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2011 11:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 22-5-2011 06:59




















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 23-4-2011 14:42









pertama kali melihat video klip hafiz bertajuk awan nano aku just lihat dan tdak langsung menghayati lagu dan muzik video tersebut....kali kedua dengar...aku sedikit demi sedikit menikmati melodinya....sedap....dan kali ketiga dengar..aku menghayati lirik dan muzik videonya......
DANNNNNNNNNNNNNNNN ......hati aku cukup sayu dan hiba.....
bagi aku awan nano mengambarkan kasih seorang bapa kepada anak nya.....
entah kenapa hati aku berasa cemburu kepada mereka yang masih punya bapa yang boleh di panggil abah.ayah..papa....
aku sudah hilang hak untuk memanggil seorang lelaki dengan panggilan itu....SANAK SAUDARA berkumpul time wan dan mak tok balik dari umrah ...bila berkumpul beramai2 dengan sanak saudara...dan tgk sepupu-sepupu dapat panggil bapa mereka dengan panggilan bapa..abah..ayah...hati ini bertambah tersentuh bila time nak makan nasi beramai-ramai...sewaktu tu aku mendodoikan anak kecik yg nak tidur di ruang tamu..yg lain sibuk menghidang lauk dan seterusnya siap sedia utk menjamu selera...ada sepupu yg masih di ruang tamu menonton tv dan bermain2 bg yg kecil2 tu... seketika bapa mereka mengajak mereka makan ...bertanya sama ada mereka nak  makan atau tidak...entah kenapa air mata rasa bagai nak tumpah ..terasa kosong tanpa abah!!!!!ABAH YANG SELALU MENGAMBIL BERAT TENTANG DIRI INI...MAKAN KE TIDAK....DAN SEGALA-GALANYA!!!!!!HOW I  MISS ALL THE MOMENT...HOW I Miss ABAH VERY MUCH.....SEKETIKA TERASA HIDUP INI TERLALU KOSONG DAN JIWA AKU BEGITU KOSONG.....aku selalu termenung sendiri..dan seketika sepi itu membuatkan aku rasa hidup aku sudah tak selengkap dulu dan tak segembira dulu.....ruang kosong yang abah tinggalkan menyebabkan ruang itu menjadi semakin kosong dan kosong.......kerana bukan semua aku sayang!!!!!!!!!mungkin sekadar hubungan....kerana what u give you get back........








Aku Slalu Mghayati Lgu Awan Nano - Hafiz
Entah La Koran Suka Ke Dak.. Tp Seyes Aku Suka~ I Like~!!
Sbb Apa?
1st : Vokal Dya mmg "A"
2nd : Setiap Perkataan Dya Ada Makna..
3rd : Kalu nk Nyanyi Lgu nie Kena Btul2 Feling. Aku Besa Try
4rd : Lgu Nie Cpt Aku Dpt tgkap Lirik Dya.. i mean memorize laaa :-)
~Cuba Koran Denga Seyes n Konfem Koran Akn Rasa.. Kalu Ikot Step :
Cuba Hayati Setiap Perkataan,
Cuba Mendalami Lagu tu








Lagu ni bukanlah lagu baru daripada Hafiz. Lagu ni telah pun dimuatkan dalam album sulung dia
yang diterbitkan pada tahun 2009. Lama dah kan? Tetapi baru sekarang lagu ni diangkat menjadi single untuk dipromosikan.

Lagu ni sememangnya berbeza dengan 'Noktah Cinta', lagu yang membawa tuah bagi Hafiz kerana menerusi lagu tersebut, dia dinobatkan sebagai pemenang vokal terbaik untuk AJL 25. 'Awan Nano' mempunyai jalur muzik yang sama dengan 'Masih Jelas' tetapi lagu ciptaan M.Nasir dan lirik oleh Buddhi Hikayat ini mempunyai satu 'perasaan' yang lebih tinggi rasanya.

Intro lagu ni sendiri dah menggambarkan 'mood' untuk keseluruhan perjalanannya. It's like a lullaby. What I really like the most about this song is, gabungan melodi dan liriknya seakan made for each other. Almost perfect I'd say. The lyrics are deep and metafora yang digunakan cukup indah.

Maksud nano secara mudah ialah kecil jadi dalam lagu ni, menceritakan tentang awan, biarpun kecil akan tetap menjadi pelindung, dan tanpa diminta ia tetap akan hadir, tetapi sekalipun kita takkan dapat menyentuh awan itu. And once it's gone, it's gone.

Beautiful isn't it? Sangat puitis indeed.

Mungkin at first listen, pendengar susah nak capture the song sebab the song's unique progression, but semakin lama dengar, semakin dapat rasa 'jiwa' lagu ni. Persembahan vokal hafiz tak perlu disangkal because I personally believe he has one of the strongest vocals dalam ramai-ramai penyanyi lelaki sekarang. And I'm glad that it is finally recognized.







Aku jatuh cinta serba-serbi dengan lagu ni. Cukup rasa. Susunan lagu yang indah dari sifu M. Nasir. Lirik yang puitis dari Buddhi Hikayat. Lantunan vokal yang beremosi dari Hafiz (bukan Awang Hafiz ye). Semuanya saling melengkapi.

Pendapat aku secara peribadi, lagu ni berbentuk penceritaan kehidupan, tentang watak yang mengenang kehidupan lampaunya ketika kecil bersama ibubapa, dan kini setelah dewasa, dia menceritakannya pula kepada anaknya. Bait chorus paling jelas menunjukkan lagu ini berkenaan kasih sayang ibubapa.

Begitulah awan nano setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku kasih tiada banding setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang, walau pun tak akan tercapai jejarimu

Bait lirik ini menggambarkan kasih sayang tak terhingga yang dicurahkan bersama-sama dengan sifat melindungi yg hebat. Ayat "menggores pipi dan bibir" mungkin lebih bermaksud, wajah dan pertuturan. Ibubapa yang baik akan memastikan anak-anak mereka terlindung daripada benda-benda yang membahayakan, disamping menanamkan sifat2 baik dalam diri anak-anaknya supaya tidak berkata-kata tidak molek dan menjaga pertuturan.

Terdapat banyak pendapat tentang maksud sebenar Awan Nano. Bagi aku, Awan Nano itu sendiri sebenarnya bermaksud Awan Kecil. Mungkin Awan Kecil, tak catchy bila dibuat lirik, maka ditukar ke Awan Nano. Bila ditukar ke Awan Kecil dalam lirik di atas, mungkin maksudnya akan lebih mudah difahami.

Hargailah Awan Nano.








Hafiz nampaknya bukan calang-calang. Definisi muzik pop nya sangat kuat seawal trak masih jelas hingga ke Juara Lagunya dalam Nokhtah Cinta buat aku makin teruja melihat apa lagi yang bakal keluar. Dan pasti trak sebesar Awan Nano karya M.Nasir ini bukti he's got what it take to be in the industry. Kudos!







Apa yang besh r pasal lagu Awan Nano nie? Nano tue apekebenda plak? Gula-gula nano yang masam masam manis tu ke? Atau nano yang masa blajo math time sek menengah dulu yang kuasa negatif 9? Jap aku google sat r...... Ok menurut page nienano bermaksud tak tentu arah atau berserabut mengikut konteks lirik lagu nie.

Orait orait..... aku tergerak nak wat entry lagu nie lepas tgk die punya klip video kat astro ria. Tertengok dari awal masa si Hafiz melaungkan perkataan 'Tidak'. Bila tengok klip nie dari awal sampai abis, rasa teruja dan kagum. Teruja sebab sinematografi klip nie cantik. Rasa macam nak carik tempat-tempat macam kat dalam klip nie and then ambik gambar. Kagum plak sebab klip lagu nie ada jalan citer yang mudah difahami. Macam tengok mini drama. Ada peningkatan lah mutu klip video artis sekarang. Yang penting ada Herman Tino occay as bapak si Hafiz. Kadang-kadang bila dengar sesuatu lagu yang best tu kita akan terus suka tanpa mempedulikan klip video tu ok ker ko. Kadang-kadang plak kita mungkin tak berapa hirau sesuatu lagu tu sampai lah kita tengok video klip lagu tu dan kita rasa video klip tu sangat meletops barulah kita suka lagu tue. So untuk kes lagu awan nano dari hafiz nie, aku kategorikan lagu ni dalam kelompok kedua yang aku huraikan sebentar tadi.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2011 11:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by amalina at 23-4-2011 14:45

Assalamualaikum dan selamat petang warga KPH.....jemput masuk ke villa KPH yg ke 88......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 12:29 PM | Show all posts
dabes ke ina? ok la.....selamat datang ke KPH no 88.....thanks ina pasal rajin buat villa no 88 nih......

assalamualaikum sumer peminat Hafiz!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 12:35 PM | Show all posts
Assalamualaikum Warga KPH...Selamat Tengahari...lamo den tak singgah tinggalkan jejak kek sini...harap2 semuanya sihat2 hendaknya...
Thanks Ina buatkan rumah baru...
Hi Along...
Orait...Selamat Berhujung Minggu...kita giatkan lagi usaha Insya Allah...Assalamualaikum...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:07 PM | Show all posts
assalamualaikummm wbt KPH skalian.... smoga sihat hendaknnya.. hi YB n ALong.

thanx cik dang sbab wat umah baru kannn.. jom gerudiiii cik dang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:16 PM | Show all posts
Assalamualaikum Warga KPH...Selamat Tengahari...lamo den tak singgah tinggalkan jejak kek sini...har ...
Anok_Tupa Post at 23-4-2011 12:35


w'salam YB.......mmg lama ko x masuk sini.....ye la....tau la bz.....VC pun dah lama x upload.....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:17 PM | Show all posts
assalamualaikummm wbt KPH skalian.... smoga sihat hendaknnya.. hi YB n ALong.

thanx cik dang ...
CauPandin Post at 23-4-2011 13:07


w'salam CP......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 01:26 PM | Show all posts
dari FB Lynnvyes Nesa

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 01:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056882 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list