|
Lebih tenang
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
[email protected]
GELOMBANG tsumawi memberi impak besar kepada industri dan selera pencinta dunia seni suara tanah air. Sekelip mata, anak jati Felda Taib Andak yang mendapat jolokan Raja SMS ini melonjak naik hingga mengatasi populariti penyanyi popular sedia ada.
Ramai sanggup menitiskan air mata kerana pemilik nama Asmawi Ani dan berhabis ringgit untuk memastikan dia berada di tangga teratas. Kehadirannya turut diserikan dengan pelbagai nuansa hingga memercikkan pelbagai reaksi dan rasa.
Itu cerita enam tahun lalu dan sepanjang tempoh itu bukan segala yang manis menjadi miliknya.
Kanvas seninya juga seperti kebanyakan bintang lain, tidak sunyi daripada kejian dan kritikan.
Biarpun pedih, dia pasrah dan terus mengatur langkah dengan tabah.
SELEBRITI menjejaki penyanyi Aduh Saleha ini untuk mengetahui perkembangan terkininya.
Ke mana menghilang, senyap tanpa khabar berita?
Saya masih ada dalam industri dan aktif menyanyi seperti biasa. Barangkali rutin seni saya tidak mendapat liputan media, jadi orang fikir saya tidak aktif. Selain menyanyi, saya menerbitkan drama dan telefilem.
Setakat ini Mawi World Sdn Bhd (MW) menghasilkan 13 episod Seruan Pulau Nami dan tiga telefilem iaitu Jiwa Kacau, Paknil Ibu Kirim Salam serta Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya.
Dalam perancangan akan terbitkan lima lagi telefilem dan masih berbincang dengan stesen TV. Awal bulan ini saya merakam lagu duet bersama Akhil Hayy untuk Imam Muda musim kedua berjudul Hamba Mu, manakala Mei ini saya terbabit dengan persembahan sambutan Hari Ibu.
Kontrak anda bersama Astro Entertainment Sdn Bhd akan tamat Ogos depan. Apa perancangan anda?
Jika kontrak tidak disambung, saya bergerak sendiri. Macam-macam saya belajar sepanjang enam tahun bergelar anak seni dan yakin boleh berdikari.
Bersama isteri dan pembantu peribadi saya iaitu Nasir, kami akan sama-sama memperkasakan MW. Saya sedar bukan mudah bergerak sendiri tetapi saya bersedia dengan segala kemungkinan.
Saya bertuah kerana Nasir setia dan dia tahu apa yang terbaik untuk saya dan MW. Kami ada beberapa perancangan tetapi biarlah ia dirahsiakan dulu sehingga kontrak ini tamat.
Anda biasa bernaung di bawah Astro. Tidakkah dengan tamatnya kontrak ini akan menjejaskan periuk nasi anda?
Saya percaya dengan rezeki. Bermula sebagai penyanyi, kemudian diberi peluang berlakon yang mendedahkan saya dengan kerja-kerja belakang tabir.
Dari situ saya nampak dunia seni sebenarnya luas dan banyak cabang. Sebagai anak seni, kita kena berani mencuba dan saya nampak peluang dalam penerbitan.
Komen positif yang saya terima daripada penonton, terutama menerusi Jiwa Kacau, buat saya semakin bersemangat menghasilkan karya lebih bermutu.
Saya akan terus bekerjasama dengan Astro dan dalam masa sama berusaha mencari ruang menembusi stesen TV lain. Syarat untuk bekerjasama dengan TV3, syarikat produksi mesti menghasilkan setidak-tidaknya tiga drama kerana mereka mahu tengok hasilnya.
Dalam soal ini saya kena yakin bahawa pasti ada peluang dan terus berusaha keras hasilkan produksi baik dan ada mesej positif untuk tatapan penonton. Paling penting, mesti selit unsur keagamaan walaupun sedikit.
Adakah anda lebih tenang dengan populariti yang kian kurang?
Tidak dinafikan karier saya perlahan berbanding di awal kemunculan, tetapi bagi saya perkara ini banyak beri pengajaran. Alhamdulillah, saya masih wujud dan masih diterima dalam industri. Ramai juga bertanya adakah saya tidak menyanyi lagi.
Jujur, saya tidak bimbang dengan keadaan ini kerana lebih tenang. Saya sudah merasa berada di kemuncak di mana jadual saya padat setiap hari hingga hilang masa untuk diri sendiri dan keluarga.
Apabila putaran roda tidak lagi selaju dulu, perlahan-lahan ketenangan itu datang. Kehidupan saya lebih teratur dan selesa. Namun itu tidak bermakna saya tidak suka dengan kehidupan saya sebelum ini.
Alhamdulillah, itu rezeki saya, cuma kini situasi berbeza di mana saya ada masa untuk insan yang saya sayangi.
Apa yang anda belajar daripada pengalaman?
Enam tahun dalam industri banyak mengajar saya erti kesabaran. Apabila bersabar, akan buahkan hasil. Dunia hiburan luas, kita kena bijak cari peluang. Saya perhatikan, sebagai artis, kena ada kelainan dan sentiasa hasilkan perkara baru.
Dalam pada berdiam, saya mencari pembaharuan untuk kemajuan kerjaya. Sebelum ini saya cuba genre pop R&B menerusi lagu Menanti Hikmah yang menjadi lagu tema drama Seruan Pulau Nami.
Ia di luar kebiasaan genre saya, syukur peminat suka. Jujur, pada mulanya saya terasa janggal bila merakam lagu itu, tetapi terkejut dengan hasilnya.
Bunyinya lain dan buktikan saya boleh pelbagaikan genre dengan syarat berani keluar dari ruang selesa. Lagu yang ditulis oleh komposer baru bernama Hudson ini dimuatkan dalam album Idolaku. |
|
|
|
|
|
|
|
ooo.... interview sbb mawi dah suam suam kuku
ingatkan lepas balik umrah
apapun... mekasih cloud ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dah confirm aje tak sambung dgn AESB |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya apa rancangan yg mawi rahsiakan itu?
adakah nak joinT business dgn akhil hayy ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lebih tenang... maksudnya belum tenang sepenuhnya lah kan |
|
|
|
|
|
|
|
oh... lagi satu
mawi dah pandai berkata-kata
mungkin dari pengalaman hidup kan
ke ... wartawan yg edit jadi sedap ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh... byknya aku komen
harus ada montah![](static/image/smiley/default/shy.gif)
baik berhenti sebelum kena tembak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nasir masih dgn mawi rupanya
lama betul bertahan ...... setiakawan |
|
|
|
|
|
|
|
nasir masih dgn mawi rupanya
lama betul bertahan ...... setiakawan
niy Post at 25-4-2011 08:25 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
kwn senang... kwn susah tuh....
mmg payah nak cari ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
ape2 pun aku tunggu mawi buat drama utk slot kat tv3 plak... klau siar kat astro mmg payah nak jd fenomena... aku refer drama2 ala nur kasih,.... |
|
|
|
|
|
|
|
kwn senang... kwn susah tuh....
mmg payah nak cari
ape2 pun aku tunggu mawi buat drama utk s ...
dino Post at 25-4-2011 13:00 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
taraf nur kasih ke?
besar harapan dino tuh ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
waduh.... typo error
notti taw dia
jap aku edit
niy Post at 25-4-2011 14:25 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
hr ni mmg notti sikit...nak kacau org je.....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
taraf nur kasih ke?
besar harapan dino tuh
niy Post at 25-4-2011 13:35 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak mustahil kan hiks
yg penting ade unsur agama katanya hik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# dino
tiada yg mustahil...world ! ![](static/image/smiley/default/titter.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|