WASHINGTON - Sebuah helikopter tentera berlanggar dengan jet penumpang berhampiran Reagan National Airport dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah dimaklumkan mengenai kejadian itu, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan Rumah Putih.
AA dalam laporan awal berkata, polis AS sedang "bertindak balas terhadap insiden nahas udara" di sekitar kawasan Reagan National Airport di Virginia.
Menurut laporan itu, semua pelepasan dan ketibaan telah dihentikan. - Bernama/AA
|