“Sebenarnya, perhatian yang buruk tak memberi kesan pun kepada saya.
“Sejujurnya, semua tumpuan itu memberi ganjaran dalam cara sendiri, yang negatif lama-kelamaan akan menyepi.
“Bagi saya, mindset (cara pemikiran) penting. Ramai sahaja orang tak suka saya. Dulu rasa macam satu Malaysia benci tetapi selagi kita fokus pada orang yang baik, itu paling penting,” jelasnya.
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu juga memaklumkan dia mengambil pendekatan mengabaikan hal negatif agar hidupnya tidak kusut.
“Kalau asyik fikir benda negatif, hidup jadi muram. Jadi saya pilih untuk abaikan semua.
“Mungkin sebab itu saya rasa saya happy-go-lucky, sebab saya sendiri yang tentukan macam mana saya nak hidup,” jelasnya.
Anak bongsu daripada tiga bersaudara itu terkenal dalam kalangan pengikut laman sosial serta netizen sekali gus popularitinya setara dengan artis.
Sumber: Kosmo