CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31219|Reply: 0

[Sarawak] Tiada pertandingan, Abang Johari dipilih semula Presiden PBB

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Awang Bemee dan Setiausaha Eksekutif PBB Datuk Awang Bujang Awang Atek pada sidang media di Ibu Pejabat PBB, hari ini.

KUCHING: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dipilih semula sebagai Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas menang tanpa bertanding jawatan tertinggi parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, keputusan itu diumumkan selepas 82 cawangan parti di seluruh Sarawak bersetuju jawatan presiden parti tidak dipertandingkan pada Konvensyen PBB kali ini.

"Yang Amat Berhormat kita menang tanpa bertanding (jawatan presiden).

"82 cawangan turut mencalon Timbalan Yang Dipertua (presiden), disandang Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan juga dicalonkan oleh semua 82 (cawangan), maka tiada pertandingan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom juga menang tanpa bertanding, sekali gus menyaksikan mereka kekal menjawat jawatan Naib Presiden Kanan parti.

"Empat jawatan Naib Yang Dipertua (presiden) yang ditetapkan oleh Sayap Bumiputera, Jawatankuasa Pemilihan parti menerima enam pencalonan.

"Mereka adalah Dato Sri Julaihi Narawi, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr Annuar Rapa'ee, Datuk Len Talif Salleh dan Dato Ibrahim Baki," katanya.

Untuk rekod, barisan jawatan Naib Presiden PBB ketika ini disandang oleh Dato Sri Julaihi Narawi, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Dr Annuar Rapa'ee.

Manakala bagi Sayap Pesaka, Awang Bemee berkata, tidak ada pertandingan bagi jawatan Naib Presiden menyaksikan penyandang iaitu Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Datuk Gerawat Gala dan Dato Rentap Jabu kekal menjawat jawatan masing-masing.

"Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) jumlah ditetapkan untuk Pesaka ialah 14 orang dan yang dicalonkan 19 orang. Manakala bagi Sayap Bumiputera 16 MKT, 20 orang mencalonkan diri sebagai ahli," jelasnya.

Beliau juga mengesahkan tiada pertandingan jawatan bagi Sayap Belia dan Sayap Wanita kali ini.

Konvensyen PBB atau Mesyuarat Agung Tiga Tahunan PBB Ke-16 dijadual berlangsung dari 14 hingga 16 Februari 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.040954 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list