Ramadan: Penjawat awam wanita balik 2 petang setiap Jumaat, kata MB N Sembilan
FMT Reporters - 19 Feb 2025, 05:59 PM
Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata hampir 2,500 penjawat awam wanita mempunyai pilihan masuk kerja 7.30 pagi dan pulang seawal 2.00 petang. (Gambar Bernama)
Aminuddin Harun berkata kebenaran itu turut libat penjawat awam wanita bukan Islam.
PETALING JAYA: Penjawat awam wanita termasuk bukan Islam yang berkhidmat dengan kerajaan Negeri Sembilan dibenar pulang awal pada 2 petang setiap Jumaat, sepanjang Ramadan.
Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata hampir 2,500 penjawat awam wanita mempunyai pilihan masuk kerja pada 7.30 pagi dan pulang seawal 2.00 petang dengan syarat tiada waktu rehat tengahari.
Katanya, ketua jabatan bertanggungjawab memantau waktu bekerja pegawai yang perlu bertugas dengan memastikan prosedur dan syarat ditetapkan dipatuhi semua pegawai bawah seliaan.
“Semoga pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) Khas Bulan Ramadhan Tahun 2025 ini akan meningkatkan motivasi semua penjawat awam wanita di Negeri Sembilan dalam memberikan komitmen sepenuhnya kepada perkhidmatan awam Negeri Sembilan,” katanya menurut Utusan Malaysia.
|