CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31297|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur dipenjara dua tahun cuba rompak lelaki

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:16 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang penganggur yang mengaku bersalah atas pertuduhan cuba merompak rantai leher seorang lelaki, lima tahun lepas.

Majistret Romario Jonoi yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Ling Hoe Soon, 41, kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu dari sabit tarikh kesalahan.

Ling didakwa cuba merompak seutas rantai leher seorang lelaki berusia 51 tahun pada 23 Novemver 2020, jam lebih kurang 12.30 tengah malam di tempat parkir motosikal di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Salim.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan hendaklah dipenjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian ketika pengadu sedang menunggang sebuah motosikal bersama anaknya, mereka telah dihampiri seorang penunggang motosikal dari belakang.

Penunggang terbabit yang dikenali sebagai tertuduh bertindak meragut rantai leher pengadu, namun rantai tersebut putus lalu jatuh ke dalam baju dan topi keledar pengadu. Anak pengadu berjaya menahan motosikal yang digunakan tertuduh sementara tertuduh berjaya melarikan diri.

Pada 8 Oktober 2023, kira-kira jam 11.10 pagi di Jalan Lai Chee, pihak polis telah menahan tertuduh bagi membantu siasatan.

Siasatan yang dijalankan mendapati pada 23 November 2020, tertuduh cuba merompak dengan meragut rantai leher pengadu di tempat parkir motosikal sebuah pasar raya di Jalan Salim.

Motosikal yang digunakan tertuduh berjaya dihalang anak pengadu dengan dibantu oleh orang awam yang menyaksikan kejadian.

Tertuduh juga berjaya dikenali pasti semasa kawad cam oleh anak pengadu.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith Zahrullail, sementara tertuduh tidak diwakili.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.390733 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list