View: 30477|Reply: 4
|
"Cepatlah si*l kejar aku,"-budak kecil biadab, mak tak reti jaga sibuk berselfie, ayah main game
[Copy link]
|
|
Hasrat seorang pemuda dan rakan-rakan mahu menikmati kopi dalam keadaan yang tenang dan mendamaikan, terganggu dek kenakalan dua kanak-kanak.
Bukan sahaja membuat bising di kafe yang dikunjungi mereka, kanak-kanak itu turut bertindak agresif.
Keadaan itu membuatkan pemuda itu mempersoalkan apakah terdapat ibu bapa pada hari ini yang tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak-anak dengan baik.
"Saya nak tanya la kenapa sekarang ni mak ayah macam tak pandai jaga anak? Kisahnya semalam saya dan kawan-kawan lepak dekat kafe sambil makan dessert dan minum kopi.
"Kemudian tiba-tiba datang dua budak ni. Kami pun senyumlah. Cuba teka? Ingatkan dia nak buat apa, rupanya dia pukul-pukul saya dan kawan-kawan. Sudahlah masa tu dia tengah pegang handphone, sakit weh," luahnya di laman sosial.
Tidak puas hati dengan perbuatan mereka, dia pun memarahi kanak-kanak berkenaan yang dianggarkan berusia antara lima dan tujuh tahun.
"Saya marahlah, kenapa pukul orang? Ingat tak sakit ke? Okay, budak-budak tu pun pergi.
"Kemudian mereka datang balik, main berlari-lari di sekitar saya saya dan kawan-kawan sambil menjerit-jerit cakap 'cepatlah si*l kejar aku'. Yang tu saya macam tak kisah sangat," katanya mengenai dua kanak-kanak itu yang turut mengeluarkan kata-kata kesat.
Namun kesabarannya ada had saat kedua-dua budak itu melakukan sesuatu yang tidak disangka-sangka.
Menurutnya, selepas membuat bising, mencarut dan memukul, dua budak berkenaan merampas air minuman pula.
"Bila dah penat, kedua-dua mereka selamba rampas air kepunyaan kawan-kawan dan minum. Siap cakap 'tak sedap, padanla muka buruk, beli air pun tak sedap," ujarnya.
Kedegilan dan kenakalan kanak-kanak itu membuatkan dirinya terfikir tentang siapa ibu bapa mereka.
"Aku macam speechless tanya 'siapa mak bapa kau ni?'. Selepas itu, kawan saya jerit Eh siapa mak bapa kau ni?, katanya.
Layanan terhadap anak-anak memberi kesan kepada pembesaran mereka. -Gambar hiasan
Sekelip mata, dua pasangan suami isteri datang ke arah mereka, dipercayai merupakan ibu bapa kepada dua kanak-kanak itu.
Rupanya mereka nampak kelakuan anak-anak mereka, tetapi sibuk dengan telefon masing-masing di kafe.
"Mak sibuk berselfie, bapa pula main video game," katanya kesal.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka ibu bapa kanak-kanak itu datang untuk memohon maaf di atas kekecohan yang berlalu, tetapi sangkaan mereka ternyata meleset.
"Ingatkan nak minta maaf ke apa. Boleh pula marah seorang kawan sebab marah anak dia, siap cakap 'korang ni muda lagi tak tahu jaga anak macam mana'.
"Ni bukan teguran untuk mak ayah tu je, orang lain sekali. Walaupun saya muda, tapi tak kan ilmu keibubapaan tak ada langsung sampai anak jadi kurang ajar depan orang yang tak dikenali," soalnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mak bapak pun kurang cerdik, x hairan la anak pun begitu..
mudah-mudahan kita xjadi la spt mak bapak bdk tu nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada pengalaman serupa. cuma tengok dari jauh je la
budak perempuan umo sekitar 7 tahun camtu. video call orang, sambil mencarut, kutuk-kutuk. mak bapak kiri kanan ada, tapi tak tegur. buat bodo je main phone. orang keliling, termasuk Iols, pandang2 sebab terkejut dengar budak kecik cakap kotor kuat2
antaranya, dia video call nenek dia, boleh dengar sebab loud speaker. nenek dia bagi salam, dia jawab, "Eeee nenek buruk, dah tua. Tetek besar, londeh. Eee nenek buruk, nenek buruk, tetek besar!"
berulang kali dia cakap camtu. kepada, nenek dia. mak bapak kat sebelah, kiri kanan, buat bodo. Iols ni ada soft spot kat budak kecik, tapi dalam kes-kes macam ni, memang Iols nak cilikan aje. lepas tu amik rotan, libas mak bapak dia pulak. bodo tak reti jaga anak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by earlgreyfudge at 21-2-2025 08:30 AM
Mak ayah kita dulu, sebut perkataan 'bodoh' pun kena bantai, sebab tu generasi kita rata-ratanya beradab. Tapi, masalahnya pula, bila generasi kita sendiri menggunakan isu physical punishment as childhood abuse walhal itu disiplin. Bila dah jadi parents, nak adopt gentle parenting, nak treat anak2 with more respect compared to when we were treated - hasilnya anak2 jadi ill-mannered, tak beradab dan become just simply, brats. Dengan parents sendiri and atuk nenek sendiri pun diorang tak respect, do you think they'll respect strangers in public?
Memang tak baik cakap, kena rasa ditangankan baru tau, tapi kalau tak ditangankan, they'll never learn wrongs from rights. Not every parent is smart and alert enough to utilize psychology which is beneficial to children's development and moral consciousness. More often parents nowadays jadi enablers to bad behaviours instead.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|