CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32037|Reply: 0

Barcelona menang bergaya, kekalkan saingan kejuaraan La Liga Sepanyol

[Copy link]
Post time 11-2-2025 04:18 PM | Show all posts |Read mode


Penyerang Barcelona, Lamine Yamal dan pemain pertahanan Sevilla, Kike Salas berebut bola semasa perlawanan La Liga Sepanyol di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan pada Ahad. - Gambar AFP

SEVILLE: Barcelona merapatkan kedudukan di belakang dua pasukan teratas La Liga Sepanyol apabila membelasah Sevilla 4-1 pada Ahad, walaupun bermain di akhir 30 minit dengan 10 pemain selepas Fermin Lopez menerima kad merah.

Robert Lewandowski, Lopez, Raphinha dan Eric Garcia menjaringkan gol untuk Barca, yang mengambil sepenuh peluang keputusan seri 1-1 di antara pendahulu liga, Real Madrid dan pasukan di tangga kedua, Atletico Madrid pada Sabtu.

Skuad kendalian Hansi Flick itu kini dua mata di belakang Real Madrid dan satu mata di belakang Atletico untuk menambah lagi saingan kejuaraan liga.

"Saya benar-benar menghargai prestasi pasukan, kami bermain dengan baik dalam separuh masa pertama dan dalam separuh masa kedua, kami bersaing untuk tiga mata ini," kata Flick.

"Kami mengasak tinggi, kesungguhan sangat bagus dan pada akhirnya, ia pengajaran yang bagus untuk bermain formasi 4-4-1 dan bertahan seperti itu.'
Gol awal Lewandowski dibatalkan oleh Ruben Vargas tetapi Lopez dan Raphinha meletakkan Barca selesa di hadapan pada awal separuh masa kedua.

Lopez dibuang padang kerana terjahan keras tetapi Barca berjaya menambah jaringan menerusi gol lewat Garcia.

"Hari ini, kami harus menang untuk kekal bersaing dan sekarang kami memberikan tekanan," kata pemain pertahanan Barca, Inigo Martinez.

"Saya fikir pasukan bermain dengan hebat dan ini adalah cara ke hadapan. Jika kami terus yakin dan kebal di benteng pertahanan, di jentera serangan kami tahu kemampuan penyerang kami."

Pada perlawanan awal, Valencia meraih kemenangan berharga 2-0 e atas Leganes untuk memberikan harapan mengelak penyingkiran.

Mouctar Diakhaby menjaringkan gol kedua Valencia, gol pertamanya selepas kembali dari kecederaan serius di bahagian lutut pada bulan Januari, hampir setahun sejak kali terakhir beraksi.

"Selepas semua yang saya harungi, ia adalah sangat istimewa," kata pemain pertahanan tengah itu.

Kemenangan meletakkan Valencia ke tangga ke-18 liga, dengan Alaves tercicir ke tangga ke-19 selepas tewas 0-1 kepada Getafe.

Espanyol, di tangga ke-16, hanya satu mata di atas zon penyingkiran selepas tewas 1-2 di Real Sociedad.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 1.043969 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list