CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7220|Reply: 0

[Johor] Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz

[Copy link]
Post time 12-2-2025 07:48 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata, kerajaan negeri dengan sokongan kerajaan Persekutuan akan terus komited untuk menyelesaikan isu berkenaan supaya jalan raya di Johor selamat dan selesa digunakan untuk rakyat.

"Semoga segala usaha yang dijalankan ini dapat memberi impak yang positif dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas yang selama ini menjadi cabaran besar kepada Bangsa Johor.

"Dengan perancangan teliti dan pelaksanaan yang efektif, diharap kita dapat menyelesaikan isu kesesakan ini dan seterusnya mewujudkan suasana yang lebih lancar dan teratur," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Onn Hafiz berkata, beliau juga berkesempatan meninjau kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf beberapa jalan selain dibentangkan perkembangan dan status terkini projek yang sudah dan sedang dijalankan di Johor Bahru.

Beliau berkata, ia membabitkan projek menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (Fasa 3), iaitu dari persimpangan bertingkat Perling ke susur naik Lebuhraya Utara Selatan daripada empat lorong kepada enam lorong dengan kos sebanyak RM301.5 juta yang dijangka siap pada Jun 2028.

Projek kedua ialah menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (Fasa 2B), iaitu dari persimpangan Bandar Seri Alam/Taman Rinting ke Pasir Gudang daripada empat lorong kepada enam lorong dengan kos sebanyak RM78 juta dan dijangka siap pada Februari 2026.

Ketiga pula katanya, membabitkan projek naik taraf Jalan Persiaran Tanjung Langsat dari Jambatan Sungai Kim Kim ke pintu masuk Pelabuhan Tanjung Langsat dengan kos sebanyak RM14 juta dan dijangka siap pada April tahun ini untuk meningkatkan akses ke kawasan industri dan pelabuhan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.323510 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list