CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7102|Reply: 0

[Johor] Cubaan bunuh suami isteri: Man Tiger direman 7 hari

[Copy link]
Post time 12-2-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode

SUSPEK kes lepaskan enam das tembakan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk reman. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: "Sudah-sudahlah." Itu reaksi suspek melepaskan enam das tembakan ke arah suami isteri di Simpang Renggam, Kluang sebaik menyedari wajahnya dirakam ketika dibawa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk perintah reman.

Suspek yang dikenali dengan panggilan Man Tiger, 32, tiba di Kompleks Mahkamah Batu Pahat pada jam 2.11 petang sebelum dibawa masuk ke dalam kamar.

Majistret Mustaqim Sukarno kemudian membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat).

Terdahulu, pasangan suami isteri menempuh detik cemas apabila suspek melepas enam das tembakan dalam kejadian cubaan bunuh di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, di sini, tengah hari semalam.

Pasangan berusia 38 dan 36 tahun itu bernasib baik apabila kesemua tembakan dilepaskan tersasar dalam kejadian jam 12.17 tengah hari.

Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah ternampak sebuah Perodua Bezza memasuki halaman rumahnya.

Tiga lelaki berada di hadapan pintu rumah mangsa dengan seorang daripadanya mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan ke arah pasangan terbabit.

Bagaimanapun, tujuh jam selepas kejadian, polis menahan suspek di Tepi Jalan Setia 1, Pusat Setia Perdagangan, Simpang Renggam dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Malah, semakan polis juga mendapati suspek memiliki 27 kes rekod lampau dan pada masa sama, polis turut mengesan tujuh lagi suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.341327 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list