CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7086|Reply: 0

[Johor] Polis sahkan insiden tular lelaki ditetak di kepala

[Copy link]
Post time 12-2-2025 08:01 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR tular kejadian berlaku di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru dan seorang lelaki dipercayai suspek yang menetak mangsa ditahan.

Johor Bahru: Lelaki cedera ditetak di kepala dengan senjata dipercayai pisau pemotong daging di Jalan Wong Ah Fook di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan deretan kedai dekat kawasan tumpuan awam di pusat bandar ini.

Terdahulu, beberapa video dan gambar kejadian itu tular di media sosial menunjukkan keadaan mangsa berlumuran darah, selain senjata dan individu dipercayai suspek yang berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kita ada menerima laporan polis pada 2.52 petang tadi. Suspek sudah ditangkap. Kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Raub berkata, mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapatkan rawatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.610259 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list