CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5274|Reply: 0

[Sabah] ILP Kota Kinabalu raih pengiktirafan antarabangsa di IPITEX 2025

[Copy link]
Post time 12-2-2025 10:15 AM | Show all posts |Read mode


ANUGERAH: Jaikol ketika menerima anugerah pingat emas sempena IPITEX 2025.
KOTA KINABALU: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, mencipta sejarah apabila meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX) 2025.

Pasukan inovasi ILP Kota Kinabalu yang kini dikenali ADTEC JTM Kota Kinabalu berjaya membawa pulang anugerah khas daripada India Innovators Association (IIA) dan pingat emas menerusi projek inovatif mereka, Livestock Tracking & Safety System.

Projek itu dibangunkan oleh tiga tenaga pengajar institut tersebut, iaitu diketuai oleh Jaikol Udar, Jupili Waimin, dan Roymey @ Ismail Yusof.

IPITEX 2025 yang berlangsung di Thailand menyaksikan penyertaan sebanyak 690 projek inovasi dari 22 negara.

Pencapaian ini amat membanggakan kerana ia merupakan penyertaan sulung ILP Kota Kinabalu dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa di luar negara.


SUDIRMAN

Pengarah ILP Kota Kinabalu, Ts. Sudirman Hammade menzahirkan tahniah dan syabas kepada pasukan projek atas kejayaan cemerlang ini.

Katanya, pencapaian ini bukan sahaja mengharumkan nama institusi tetapi juga membuktikan kemampuan tenaga pengajar dalam menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi.

“Kejayaan ini adalah bukti bahawa tenaga pengajar ILP Kota Kinabalu mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa.

“Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar dan tenaga pengajar dalam terus menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.


KEJAYAAN: Jaikol dan Jupili mempamerkan pingat anugerah khas yang diterima IIA.

Menurutnya, dengan kejayaan ini, ILP Kota Kinabalu berharap dapat terus mengorak langkah dalam bidang inovasi dan teknologi, serta menyumbang kepada pembangunan industri dan komuniti melalui penyelidikan serta projek inovatif yang berdaya maju.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.050759 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list