CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8971|Reply: 0

[Sarawak] Kejayaan seseorang wanita harus diraikan oleh wanita lain dan bukan membinasakan

[Copy link]
Post time 12-2-2025 11:17 AM | Show all posts |Read mode


Nancy (empat kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada moderator majlis yang juga merupakan Pro-Naib Canselor Universiti UCSI Kampus Sarawak Mukvinder Kaur Sandhu (empat kanan) hari ini.

KUCHING: Kejayaan seseorang wanita harus diraikan oleh wanita lain dan bukan membinasakan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri.

“Kita perlu menyokong antara satu sama lain. Hari ini adalah hari kita menghargai setiap wanita yang telah berjuang, yang masih berusaha dan yang sedang mencipta legasi mereka sendiri dan bukan untuk menjatuhkan mereka.

“Justeru, Hari Wanita Antarabangsa bukan sekadar hari untuk meraikan pencapaian wanita – ia adalah platform untuk kita meningkatkan kesedaran, mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita dalam pelbagai bidang termasuk masyarakat, ekonomi dan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di sebuah hotel di sini, hari ini.

Menurut beliau, sambutan itu juga bertujuan menyebarluaskan pengetahuan tentang cabaran yang dihadapi wanita masa kini, di samping membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kepentingan gender menjadi keutamaan dalam perancangan dan pembangunan negara.

Katanya tahun ini, ‘Wanita Beraspirasi Membina Legasi’ menjadi tema yang cukup bermakna kerana ia melambangkan keberanian dan semangat wanita dalam mencapai impian dan mencipta impak berpanjangan.

Kini wanita semakin maju dalam pelbagai bidang – dari pendidikan, kepimpinan, teknologi hingga ke keselamatan dan ekonomi, ujarnya.

“Tetapi kita tahu bahawa perjalanan masih jauh dan perjuangan masih perlu diteruskan untuk memastikan setiap wanita mendapat peluang yang saksama dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi.

“Tema ini juga membawa mesej bahawa wanita bukan sekadar tulang belakang keluarga tetapi juga pemimpin dan penggerak dalam pembangunan masyarakat dan negara.

“Kerajaan juga terus berusaha membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil, inklusif dan progresif,” tambahnya.

Namun, kejayaan tersebut jelasnya hanya boleh dicapai jika semua pihak termasuk sektor swasta, NGO dan individu bersama-sama menyokong usaha menghapuskan keganasan terhadap wanita serta memperkasakan penyertaan mereka dalam membuat keputusan.

Pada masa yang sama, tema yang sejajar dengan Deklarasi Beijing 1995, sejak 30 tahun lalu terus menjadi panduan dalam usaha memperkasakan wanita dan menentang diskriminasi, tambahnya.

“Tahun ini, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) memperkenalkan pendekatan baharu dalam meraikan Hari Wanita Antarabangsa.

“Untuk pertama kalinya, sambutan ini diadakan di lima lokasi mengikut zon – Borneo, Timur, Selatan, Tengah dan Utara.

“Pendekatan ini membolehkan lebih ramai wanita dari pelbagai negeri dan komuniti turut serta dalam sambutan ini, berbanding hanya menumpukan pada satu lokasi seperti sebelum ini,” katanya.

Pihaknya tahun ini turut mendapat kerjasama baharu daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Universiti UCSI, di samping rakan sedia ada seperti Kelab Wanita Ikon Malaysia, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah.

Dianggarkan seramai 500 peserta dalam kalangan wanita dari Sabah dan Sarawak telah meraikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025 Peringkat Zon Borneo di sini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, serta Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Flovia Ng.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.335883 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list