CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8942|Reply: 0

[Sarawak] MARA seru PBT Sarawak sokong penuh program PUMP

[Copy link]
Post time 12-2-2025 11:21 AM | Show all posts |Read mode


Dato’ Zulfikri (tiga kanan, duduk, hadapan) bersama tetamu kehormat lain dan usahawan terpilih merakam kenangan semasa perasmian Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA PETRONAS Peringkat Sarawak di Kuching, hari ini.

KUCHING: Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyeru kerajaan negeri Sarawak, khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memberi sokongan penuh terhadap program Pembangunan Usahawan Automotif MARA PETRONAS (PUMP) bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya demi manfaat rakyat negeri ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Dato' Zulfikri Osman berkata, program PUMP adalah inisiatif yang bertujuan membangunkan usahawan Bumiputera dalam industri servis dan penyelenggaraan automotif, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Program PUMP juga jelasnya, adalah program khas berstruktur merangkumi latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat dan pemantauan berkala daripada MARA dan PETRONAS.

Bagaimanapun menurutnya, di peringkat pihak berkuasa tempatan, sokongan yang lebih erat adalah diperlukan kerana setiap pihak berkuasa tempatan mempunyai peraturan dan pendekatan yang berbeza.

“Dalam banyak urusan, saya tahu kerajaan negeri sememangnya telah banyak membantu, tetapi adakalanya pihak berkuasa tempatan perlu memberikan sokongan penuh dan memahami bahawa program yang kami lakukan ini adalah untuk kepentingan dan manfaat rakyat Sarawak sendiri,” katanya.


Dato’ Zulfikri (kanan) dan Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA, Lailatul Asmah Mohd Tahir tiba di hotel untuk program tersebut hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-PETRONAS Peringkat Sarawak di Hotel Sheraton di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dato’ Zulfikri berharap agar pihak berkuasa tempatan dapat bekerjasama dengan MARA dan PETRONAS dalam mempercepatkan urusan berkaitan pelaksanaan program PUMP.

Ini katanya, termasuk dalam aspek pelesenan dan permit, bagi membolehkan lebih banyak pusat PETRONAS AutoExpert diwujudkan di seluruh Sarawak.

Beliau juga berharap agar dapat melihat proses ini berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan yang tidak perlu.

“Dengan adanya pemahaman dan kerjasama erat, usaha membuka lebih banyak PETRONAS AutoExpert di kawasan-kawasan yang ditadbir pihak berkuasa tempatan dapat dipermudahkan,” tambahnya.


Gambar menunjukkan usahawan-usahawan Sarawak yang terpilih untuk menghadiri taklimat dan temu duga program tersebut hari ini.

Dalam pada itu, sejumlah 50 usahawan terpilih menghadiri taklimat dan temu duga program PUMP Borneo Peringkat Sarawak di sini, hari ini.

Usahawan terlibat juga bakal mengikuti program khas yang dilaksanakan secara berstruktur meliputi ekosistem keusahawan MARA.

Ini merangkumi latihan keusahawanan secara berstruktur dan praktikal dengan konsep Teaching Factory, pembiayaan, khidmat nasihat dan bimbingan, serta pemantauan secara berkala.

Untuk rekod, program PUMP ini buat pertama kalinya diadakan di Zon Borneo selepas kejayaan program tersebut di Semenanjung yang dilaksanakan sejak tahun 2020, sebanyak 54 bengkel PUMP telah beroperasi di beberapa negeri.

Sehingga Disember 2024, program ini telah membuka peluang pekerjaan seramai 373 orang dan mencatatkan jualan terkumpul sebanyak RM90 juta.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040569 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list