CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7701|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk RPR SPPS Sebiew rayu segerakan pembuangan sampah sarap

[Copy link]
Post time 12-2-2025 01:45 PM | Show all posts |Read mode


Sampah sarap pasca banjir yang perlu dikutip segera di hadapan SK Bintulu di lorong A9 RPR (SPPS) Sebiew Bintulu.

BINTULU: Penduduk merayu pihak berkuasa berkaitan dapat memberi bantuan dengan menyegerakan pembuangan sampah sarap yang bertimbun sehingga menghadirkan bau tidak menyenangkan di kawasan perumahan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) (SPPS) Sebiew Bintulu serta beberapa kawasan penempatan penduduk lain di sini.

Beberapa lorong di kawasan perumahan itu antaranya di lorong A9 berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu, penduduknya terpaksa membuang pelbagai barangan yang rosak dan musnah akibat banjir di hadapan rumah mereka.

Penduduk yang enggan dinamakan berkata, pihaknya berharap sampah sarap pasca banjir itu dapat disegerakan pembuangannya ke tapak pelupusan sampah dengan bantuan pihak berkuasa berkaitan sebelum pembukaan sekolah pada 17 Februari ini.

"Sampah sarap ini telah dilonggokkan di hadapan rumah sejak Sabtu dan Ahad lalu dengan harapan ia akan dikutip dan dibuang di tapak pelupusan sampah dengan segera tetapi belum ada bantuan dari pelbagai pihak untuk mengutipnya bagi memastikan kebersihan di kawasan ini," katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan bantuan daripada pihak berkuasa kerana tidak berdaya untuk membuang sampah terus ke tapak pelupusan sampah kerana terlalu banyak, tiada kelengkapan bahkan telah cukup menderita melalui keadaan banjir besar yang melanda Bintulu pada 29 Januari lalu.



Sistem perparitan yang bermasalah dan tersumbat perlu diatasi segera bagi mencegah berlakunya banjir berulang khususnya banjir kilat di kawasan perumahan RPR (SPPS) Sebiew Bintulu.

Pada masa sama katanya, sistem perparitan di kawasan perumahan itu juga didapati turut tersumbat dengan airnya tidak dapat mengalir keluar serta dibimbangi akan berlaku banjir lagi pada masa akan datang terutamanya banjir kilat sekiranya permasalahan ini tidak ditangani dengan segera.

"Kita berharap pihak berkuasa dapat bertindak segera mungkin secara bergotong-royong dengan bantuan pelbagai pihak, organisasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya dapat membantu bersama-sama membersihkan kawasan penempatan penduduk ini," katanya.

Katanya, pihaknya bukan meminta keadaan begini berlaku namun bencana banjir yang berlaku ini tidak dijangka lebih lagi apabila melibatkan permasalahan berkaitan infrastruktur sistem perparitan yang bermasalah dan sebagainya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.798440 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list