CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8545|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak akan berusaha peroleh autonomi kesihatan mengikut MA63

[Copy link]
Post time 12-2-2025 07:51 PM | Show all posts |Read mode


(Depan dari tujuh kiri) Leong, Dr Sim dan Michael bersama keluarga besar Leong dan SUPP Cawangan Limbang.

LIMBANG: Sarawak terus berusaha untuk memperoleh autonomi kesihatan mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, autonomi itu amat penting khususnya dalam menangani kekurangan doktor di Sarawak.

Jelasnya, Sarawak akan dapat melaksanakan langkah dan strategi khusus untuk memenuhi keperluan khas rakyat terutama bagi mereka dari kawasan luar bandar termasuk di daerah Limbang.

“Autonomi kesihatan perlu segera diberikan kepada Sarawak agar keputusan atau dasar-dasar penjagaan kesihatan dapat ditentukan sendiri oleh rakyat negeri ini,” katanya pada kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Limbang Michael Tiong dan Temenggung Leong Boong Ming.

Dr Sim berharap usaha dipertingkatkan untuk melahirkan lebih ramai doktor tempatan bagi memastikan keperluan kesihatan rakyat Sarawak dapat dipenuhi dengan lebih baik pada masa depan.

“Sarawak terus berusaha mempertingkatkan lagi usaha supaya lebih ramai doktor tempatan dilahirkan bagi memastikan keperluan kesihatan rakyat Sarawak dipenuhi dengan lebih baik,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.050334 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list