CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24143|Reply: 0

[Sarawak] Pemimpin perlu berwawasan untuk harungi cabaran masa depan: Premier

[Copy link]
Post time 13-2-2025 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-2-2025 04:12 PM



Abang Johari (tengah) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain dan peserta Lawatan Sambil Belajar Program Kepimpinan Milenium Majlis Atlantik. -Gambar Pejabat Premier Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata seorang pemimpin perlu berwawasan untuk mengharungi cabaran masa depan, terutama kesan penggunaan teknologi kecerdasan (AI).

Menurutnya AI, teknologi yang mempunyai kebaikan dan kelemahan bergantung kepada cara penggunaannya.

“AI ibarat pisau. Ia boleh digunakan untuk kebaikan atau kemudaratan. Ia bergantung pada bagaimana kita, sebagai warga global menggunakannya.

"Kita mesti berfikiran ke hadapan dalam melindungi planet ini dan mencipta masa depan yang lebih baik untuk manusia," katanya dalam berita yang dikongsi di laman Facebook rasminya Sarawakku.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada Majlis Makan Malam Lawatan Sambil Belajar Program Kepimpinan Milenium Majlis Atlantik di sini malam tadi.

Dalam ucapannya itu, Abang Johari turut menyentuh mengenai inisiatif berani Sarawak ke arah pembangunan mampan, yang merangkumi penerokaan potensi hydrogen sebagai sumber tenaga bersih.

Beliau berkata perubahan iklim merupakan cabaran global yang serius dan memerlukan tindakan segera diambil.

“Dunia ini mengalami peningkatan suhu. Aktiviti perindustrian dan pelepasan karbon dengan ketara menyumbang kepada krisis ini.

“Jika suhu global melebihi 1.5 darjah Celsius, manusia akan menghadapi impak yang teruk.

"Sesetengah pihak mungkin membahaskan punca perubahan iklim, tetapi bagi saya, ia adalah nyata. Sebab itu Sarawak komited untuk menyumbang kepada penyelesaian,” katanya.

Walaupun kos pengeluaran tinggi dalam membangunkan tenaga hidrogen, Abang Johari optimis dengan kemajuan dalam teknologi, kos pengeluaran tenaga bersih akhirnya akan berkurangan, menjadikannya lebih mudah diakses.

“Sarawak mempunyai sumber air yang banyak dan hydrogen boleh diekstrak daripada air.

"Cabarannya terletak pada menjadikannya teknologi mampu milik tetapi sejarah menunjukkan kemajuan teknologi, seperti pengkomputeran, telah mengalami pengurangan kos dengan ketara dari semasa ke semasa," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Abang Johari mencadangkan pasangan berbulan madu yang melawat Sarawak diberi peluang menanam pokok, memupuk hubungan peribadi dengan usaha pemuliharaan negeri.

“Sarawak mahu hutannya dipelihara dan kami mengalu-alukan pengunjung untuk menyumbang kepada pemuliharaan.

“Apabila mereka menanam pokok di sini, mereka membina hubungan yang berkekalan dengan Sarawak,” katanya.

Menurutnya sebagai sebahagian daripada usaha kelestariannya, Sarawak telah menanam 35 juta pokok lebih awal daripada jadual dan terus mengutamakan pemuliharaan hutan untuk mengimbangi pelepasan karbon dengan pengeluaran oksigen.

Antara yang hadir pada majlis ituTimbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah Kanan Kepimpinan Milenium Majlis Atlantik Jonah Chaim Fisher dan Pengarah Strategi Penasihat Global UNITAS Dr Syed Hassan Abedin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.720448 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list