
KUCHING: Jumlah ketua isi rumah (KIR) yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak secara keseluruhannya menunjukkan penurunan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) menerusi kenyataan berkata setakat jam 5 petang tadi, terdapat 187 KIR atau 632 mangsa terjejas akibat banjir dan tanah runtuh ditempatkan di PPS di seluruh Sarawak berbanding 303 KIR (937 mangsa) kelmarin (Selasa).
Manakala dua PPS ditutup semalam iaitu PPS Stadium Muhibbah Bintulu dan Dewan Maktab Rendah Sains MARA Mukah menjadikan jumlah PPS yang masih aktif ketika ini tujuh, katanya.
Tujuh PPS yang masih aktif ini tambah JPBNS, beroperasi di tiga bahagian iaitu Sibu (satu), Mukah (dua), Miri (dua) yang menempatkan mangsa terjejas akibat banjir manakala dua lagi PPS aktif di Miri untuk mangsa tanah runtuh.
|