CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7747|Reply: 0

[Sarawak] Tun Wan Junaidi dan isteri kembali dari lawatan kerja

[Copy link]
Post time 13-2-2025 10:37 AM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah disambut petugas Astana Negeri setibanya di Hangar Horbill Skyway dari lawatan rasmi ke Kuala Lumpur dan Pahang. -Gambar Astana Negeri Sarawak

KUCHING:Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi selamat tiba di Hangar Hornbill Skyway, Kuching pada jam 1 petang tadi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan.

Kenyataan akhbar dikeluarkan Astana Negeri Sarawak berkata ketibaan beliau menandakan berakhirnya lawatan kerja ke Kuala Lumpur dan Pahang yang berlangsung dari 5 hingga 12 Februari.

Dalam kenyataan ringkasnya, Tun Wan Junaidi menyatakan rasa syukur kerana segala urusan sepanjang lawatan telah berjalan lancar.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyusun dan melancarkan urusan rasmi sepanjang lawatan tersebut.

Penghargaan khas turut diberikan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Kerajaan Negeri Pahang atas sambutan mesra dan sokongan yang diberikan.

Tun Wan Junaidi berharap agar lawatan itu membawa manfaat kepada semua pihak serta memperkukuh hubungan baik antara Sarawak dan Pahang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.912930 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list