
LEMAS: Mangsa lemas diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
TUARAN: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Pantai Shahbandar,Tuaran ketika sedang menjalankan aktiviti mandi-manda bersama keluarga.
Mangsa berumur 15 tahun itu ditemukan jam 5.50 pagi oleh pasukan bomba dan ahli keluarga yang bersama-sama menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Amit berkata, mangsa ditemukan pada jarak 700 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Terdahulu, mangsa dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti mandi-manda bersama keluarga kira-kira jam 5 petang Rabu.
Mohd Nor Amit berkata sepasukan pegawai digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 5.52 petang.
“Pasukan bomba menjalankan operasi SAR di kawasan sepanjang pantai serta mendapat bantuan daripada Pasukan Penyelam Dalam Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu,” katanya.
Tambahnya, operasi ditamatkan jam 8.30 pagi.
|