CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7742|Reply: 0

[Sarawak] Penunggang motosikal mabuk dipenjara, denda RM10,000

[Copy link]
Post time 13-2-2025 10:42 AM | Show all posts |Read mode


BERSALAH: Joan Lee (kanan) mengiringi tertuduh selepas prosiding mahkamah dijalankan.

TAWAU: Mahkamah Majistret, hari ini menjatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM10,000 terhadap seorang lelaki kerana menunggang motosikal dalam keadaan mabuk, pada 5 Oktober tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Azrey Rhyme, 27, yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) dikenakan hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Azrey didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 11.20 malam ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Chong Thien Vun, Tawau.

Hasil ujian saringan pernafasan didapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh sebanyak 107 miligram etil dalam 100 mililiter darah melebihi daripada had yang dibenarkan.

Kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda sehingga RM30,000.

Mohd Azrey juga turut didakwa mengikutSeksyen 26 (1) APJ 1987 kerana menunggang motosikal dengan tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan tidak diliputi insuran.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa Asisten Superintenden Joan Lee, manakala tertuduh diwakili peguam, Darmin Achok.

Joan Lee dalam hujahnya meminta supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang tinggi sebagai pengajaran dan keinsafan kepada diri tertuduh.

Majistret kemudian menjatuhi hukuman penjara selama tujuh hari dan denda RM10,000 dan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan, selain tertuduh hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.737515 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list