View: 20117|Reply: 0
|
Nak tanggal make up, tengok keputihan- Wanita bengang BF bising suruh siap cepat lepas solat
[Copy link]
|
|
Kaum Hawa memerlukan lebih masa berbanding lelaki untuk bersiap kerana pelbagai aspek penampilan diri perlu diberikan perhatian.
Terutamanya ketika menunaikan solat di luar rumah seperti masjid atau surau, solekan dan pakaian perlu dikenakan semula setelah ditanggalkan untuk sembahyang.
Melalui satu hantaran di media sosial, seorang wanita menceritakan sikap buruk bekas teman lelakinya yang dikatakan kurang bersabar apabila singgah solat di masjid.
Menurut wanita berkenaan, pemuda itu tidak memahami fitrah dan keperluan seorang perempuan, tidak seperti dirinya yang sering terkejar-kejar meninggalkan surau selepas habis solat
"Tak tenang hidup kalau singgah solat di masjid dengan boyfriend dulu. Dia sebagai lelaki sudah semestinya selesai solat lebih awal dari saya, kemudian dia asyik telefon saya berkali-kali suruh keluar cepat, rimas tahu tak.
"Dia geram memandangkan dia kena tunggu lama dekat luar. Jadi sebab tak mahu 'sidai' boyfriend saya tu, saya pun berhenti guna mekap dan hanya pakai tudung sarung apabila keluar dating dengan dia, boleh jimat masa.
"Tapi masalahnya, boyfriend saya tu marah pula penampilan saya yang ala kadar. Dia cakap begini... kenapa tak letak mekap dah, saya lagi suka kalau awak pakai mekap. Sejak dari tu, saya terus tawar hati dengan boyfriend saya.
"Gatal nak girlfriend tapi tak faham perempuan. Saya tak melawa lagi dah untuk dia sampai ke hari kami putus. Saya hanya rajin pakai mekap apabila keluar dengan kawan sejantina kerana mereka lebih memahami," imbas wanita ini..
Melewati ke ruangan komen, warga maya berkata kaum Adam seharusnya bertoleransi dalam hal ini dan tidak bersikap terlalu menekan.
"Sini aku ceritakan apa yang perempuan kena buat waktu sebelum dan selepas solat, pertama sekali kami kena tanggalkan pakaian kami yang berlapis-lapis ni untuk ambil wuduk. Lepas tu nak buang mekap lagi.
"Tidak lupa juga yang kami kena periksa kalau ada keputihan sebab benda tu dikira sebagai najis dan solat boleh jadi tak sah, sekiranya ada kami kena bersihkan dulu. Selepas habis solat, pakaian dengan mekap nak pakai semula.
"Itu sebab makan masa. Berbeza dengan lelaki, aurat dah la sikit, boleh ambil wuduk dan terus solat, tak perlu buka pakaian apa-apa pun. Lagi satu, tak ada keperluan nak bersiap muka dan sebagainya.
"Hidup kalian banyak senang, tolong fahami wanita," demikian kata warga maya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|