CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8227|Reply: 1

Tak yakin nak bergaul, dah lama jadi suri rumah takut nampak bodoh bila bercakap

[Copy link]
Post time 14-2-2025 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Rutin sama setiap hari dengan beban kerja yang tak pernah selesai, juga tiada cuti hujung minggu atau tahunan boleh membuatkan suri rumah berdepan tekanan.

Kehidupan mereka berbeza dibandingkan wanita bekerja yang mempunyai peluang berinteraksi dengan orang luar.

Kesimpulannya, tugas seorang suri rumah tidak pernah selesai bermula dari bangun tidur sehingga melelapkan mata di malam hari.

Perkongsian seorang suri rumah di aplikasi Threads menjadi perhatian apabila mengakui dirinya kini seakan hilang semangat untuk meneruskan rutin harian.



Menurut wanita itu, dia berasa rendah diri dan hilang keyakinan untuk bersosial apatah lagi untuk berinteraksi dengan dunia luar kerana khuatir tersilap cakap dan kelihatan bodoh di mata umum.

“Hai korang yang fulltime housewife, boleh tak beri kata semangat pada aku hari ini. Entah la, makin lama aku rasa macam moral down.

"Nak bergaul pun rasa tak ada keyakinan diri. Apatah lagi bercakap dengan orang lain kerana risau tersilap cakap dan nampak tidak cerdik. Kenapa ya? Mohon bantuan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, individu itu berkata perasan sebegitu timbul mungkin disebabkan terlalu lama terikat dengan rutin sama setiap hari.

Dia jarang berjumpa atau bermesra dengan orang lain sebaliknya hanya menghabiskan masanya di rumah untuk menguruskan keperluan keluarga dan anak-anak.

Situasi itu bahkan membuatkan dirinya hilang minat untuk melakukan sebarang aktiviti yang pernah menjadi kegemarannya.

“Mungkin terlalu lama saya stick dengan rutin yang sama. Jarang jumpa orang luar dan di rumah asyik jadi ‘tarzan’.

“Saya pun dah tak ingat apa yang saya suka buat. Mungkin saya perlu cari diri saya semula,” ujarnya.

Bagaimanapun dia menegaskan dirinya bukan tidak bersyukur dengan nikmat bergelar suri rumah, cuma ada ketika berdepan tekanan.

Jelasnya, dia memerlukan sistem sokongan yang kuat untuk mendorong dirinya kembali bersemangat.

“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang saya dapat, cuma ada kalanya mungkin rasa tertekan dengan keadaan.

“Mungkin kerana support system saya yang kurang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita,” luahnya.

Suri rumah perlu bijak mengurus beban kerja yang tidak pernah selesai. Gambar hiasan

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warganet malah ramai yang dapat menyelami hati dan perasaannya.

“Janganlah rasa down, cari kawan borak, boleh DM saya.

“Saya dapat rasakan apa yang awak sampaikan kerana pernah mengalami perkara sama.

“Faham, sebab kita tak ada dunia luar, hari-hari dekat rumah saja.

“Pernah lalui juga, kadang-kadang terfikir kesian orang perempuan ni macam mental torture pun ada,” antara komen warganet.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun dok rumah je uruskan hal2 di rumah dgn jaga anak. Tapi kalau dapat keluar tu kira ok la dapat ambik angin luar, cuci2 mata. Lepas tu kadang2 ada je kawan2 datang jenguk tanya kabar, so iols rasa dah ok sangat..macam dlm citer ni dia tak keluar rumah langsung ke? Takde kawan2 ke datang ziarah? Kalau takde memang bosan giler hidup..try la ajak suami keluar hujung minggu ke, pi jalan2 supaya tak terperuk kat umah je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.238337 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list