CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1745|Reply: 0

[Sarawak] JBPM Zon Sibu jalankan khidmat khas angkat mayat terapung di Batang Rajang

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:32 PM | Show all posts |Read mode




Pasukan bomba menjalankan khidmat khas mengangkat mayat terapung di Batang Rajang, petang Jumaat.
KANOWIT:  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu menjalankan khidmat khas mengangkat mayat terapung di Batang Rajang, petang Jumaat.

Ketua JBPM Zon Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan khidmat khas mengangkat mayat pada jam 4.53 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kanowit digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar ada satu jasad terapung di Batang Rajang.
“Pasukan bomba bersama pihak polis menggunakan bot penduduk awam untuk ke tengah sungai bagi membawa mayat tersebut ke jeti Kanowit.

“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis, dan operasi khidmat khas tersebut tamat pada jam 5.50 petang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Dennis Bunyam telah mengesahkan  penemuaan mayat terbabit.

Menurutnya, mayat tersebut dipercayai seorang lelaki dikenali sebagai Lau Kim Hock, 29,  yang dilaporkan terjatuh dan hilang di Batang Rejang pada 16 Januari lalu.

“Penemuan mayat lebih kurang 3km daripada lokasi mangsa dilaporkan terjatuh pada 16  Januari lalu.

“Ahli keluarga mangsa juga telah mengesahkan dan membuat pengecaman terhadap mayat  tersebut,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Katanya, pemeriksaan pihak polis dan pegawai perubatan mendapati tiada sebarang unsur- unsur jenayah.

“Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.763495 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list